Sunday, December 5, 2021

Makanan yang memberi kesan kepada simpanan kalsium dalam badan

 Makanan berikut boleh

mengurangkan simpanan

kalsium anda. 


Makanan Masin

Lebih masin makanan anda, lebih banyak kalsium

anda hilang melalui air kencing, jadi kurangkan

makanan yang diproses dan pilih alternatif rendah

natrium. Kajian mendapati bahawa wanita yang

telah putus haid dengan diet garam yang tinggi

kehilangan lebih banyak mineral tulang daripada

wanita lain pada usia yang sama.


Soda

Kebanyakan minuman ringan berkarbonat

mengandungi asid fosforik yang boleh

meningkatkan perkumuhan kalsium dalam air

kencing anda. Kajian mendapati wanita yang

telah putus haid yang mengambil soda didapati

mengalami risiko tinggi patah tulang pinggul.


Kafein

Anda kehilangan sekitar 6 miligram kalsium

untuk setiap 100 miligram kafein yang anda

minum. Efek diuretik kafein menyebabkan

kehilangan kedua-dua air serta kalsium dan ia

kelihatan ketara apabila anda mengambil dua

atau lebih cawan kopi setiap hari.


Daging Merah

Daging mengandungi 2 hingga 5 kali lebih

banyak asid amino yang mengandungi sulfur

daripada makanan berasaskan tumbuhan.

Semasa proses penukaran sulfur menjadi

sulfat, tulang larut ke dalam aliran darah dan

ditapis melalui buah pinggang ke dalam air

kencing. Laporan menunjukkan bahawa

apabila protein daripada sumber haiwan

dielakkan daripada diet, kehilangan kalsium

menjadi separuh lebih kurang berbanding

sebelumnya


Merokok

Kajian terhadap kembar yang sama

menunjukkan bahawa perokok jangka masa

panjang mempunyai risiko keretakan tulang 44%

lebih tinggi berbanding dengan kembar mereka

yang tidak merokok. Merokok mengurangkan

bekalan darah ke tulang manakala nikotin

dalam rokok melambatkan pengeluaran sel

penghasil tulang. Ia juga memberi kesan kepada

keseimbangan estrogen, penting untuk membina

dan mengekalkan tulang


Thursday, June 11, 2020

Omega-3 untuk Kesihatan Sendi

Kekal Aktif dengan Omega-3





Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan anda memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan melakukan perkara lain yang anda ingin lakukan. 

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

Berita baik! Omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti:

Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses normal untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.1

Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi menjadikan ia menjadi merah, bengkak dan sakit.

Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:

  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan1 (tulang rawan menjadi 'haus') seterusnya mengakibatkan kesakitan pada sendi.
  • Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan.2

Membantu mengurangkan kekejangan, bengkak dan sakit sendi.

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.

Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega-3 juga:


  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi. 4
  • Menyokong pergerakan sendi yang selesa.
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.



Jika anda inginkan pergerakan yang selesa dan lancar, pertimbangkan pengambilan asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda.



Anda mungkin berminat dengan sumber minyak ikan yang berkualiti tinggi, asli dan bebas dari bahan cemar (seperti merkuri, plumbum). Sila klik gambar untuk info lanjut.




Rujukan:

1. James M, Proudman S, Cleland L. Fish oil and rheumatoid arthritis: past, present and future. Proc Nutr Soc. 2010 Aug;69(3):316-23. PMID: 20509981.

2. Artemis P. Simopoulos. Omega 3 fatty acids in inflammation and autoimmune diseases. Journal of the American College of Nutrition, Vol. 21, No. 6, 495–505 (2002)

3. Volker D et al, Efficacy of fish oil concentrate in the treatment of rheumatoid arthritis, J Rheumatol. 2000 Oct;27(10):2343-6.

4. Moghaddami M et al, Synovial fluid and plasma n3 long chain polyunsaturated fatty acids in patients with inflammatory arthritis. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 2015 Jun;97:7-12

Saturday, June 6, 2020

B Complex



B-Complex (120 kapsul / 120 hidangan)
Kod Produk: 10164

Saranan penggunaan:

Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan.

VITAMIN

ALAMI SEMULA NIKMAT KESIHATAN. NUTRIEN YANG BETUL MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK KESELURUHAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN.

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*


B-COMPLEX SHAKLEE MEMBEKALKAN KESEMUA LAPAN (8) VITAMIN B YANG SEIMBANG UNTUK MENGUATKAN TUBUH ANDA, MELENGKAPI JURANG NUTRISI VITAMIN B.


Vitamin B12, Thiamin, Asid Pantotenik, Vitamin B6, Riboflavin, Niacin, Folat, Biotin

MEMBEKALKAN KUANTITI ASID FOLIK DAN BIOTIN CUKUP, SESUAI UNTUK TUBUH YANG SIHAT.

Keistimewaan Shaklee


Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten


Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.


Fakta Nutrisi


Ramuan Setiap Tablet B Complex

Tiamin Mononitrat - 9.73 mg
(Menyediakan 7.73 mg Vitamin B1)

Riboflavin - 11.81 mg
(Menyediakan 11.57 mg Vitamin B2)

Niasiamida - 134.60 mg
(Menyediakan 132.58 mg Niacin)

Piridoksin Hidroklorida - 16.71 mg
(Menyediakan 13.57 mg Vitamin B6)

Asid Folik - 0.19 mg
(Menyediakan 184.30 mcg Asid Folik)

Sinokobalamin - 3.04 mg
(Menyediakan 30.40 mcg Vitamin B12)

Biotin - 14.99 mg
(Menyediakan 150.00 mcg Biotin)

Kalsium D-Pantotenat - 76.40 mg
(Menyediakan 70.30 mg Asid Pantotenik & 6.10 mg Kalsium)



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.


KKLIU 2155/2019 
MAL12035068NCZ



Thursday, January 17, 2019

Siapa Perlukan Lebih Protin?


Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan manusia. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. 

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA? 


PENGGEMAR MANISAN

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. 

Ambil protein untuk:

  • Menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.3, 4

BINA BADAN

Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan.

Ambil lebih protein untuk:

• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

TIP:
Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.


PERTENGAHAN USIA

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk
kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami.

Ambil lebih protein untuk:

• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan proteindengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

TIP:
Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi


BAKAL IBU

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:

• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangann yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. 


IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. 

Ambil protein untuk:

• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu. 


MENJAGA BERAT BADAN

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang yang kadar metabolismenya rendah. 

Ambil lebih protein untuk:

• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih
lama.
• Membantu mengawal pengambilan kaloriuntuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda. 



BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN?


Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat. 

Anda berminat dengan protin yang berkualiti tinggi? sila klik 'disini'



Rujukan:

1. Paddon-Jones D, Short KR, Campbell WW, Volpi E, Wolfe RR. Role of dietary protein in the sarcopenia of aging. Am J Clin Nutr. 2008;87(5):1562S-1566S.
2. Ramdath, D. D., Padhi, E. M. T., Sarfaraz, S., Renwick, S., & Duncan, A. M. (2017). Beyond the Cholesterol-Lowering Effect of Soy Protein: A Review of the
Effects of Dietary Soy and Its Constituents on Risk Factors for Cardiovascular Disease. Nutrients, 9(4), 324. http://doi.org/10.3390/nu9040324
3. Dong, J., Zhang, Z., Wang, P., & Qin, L. (2013). Effects of high-protein diets on body weight, glycaemic control, blood lipids and blood pressure in type 2
diabetes: Meta-analysis of randomised controlled trials. British Journal of Nutrition, 110(5), 781-789. doi:10.1017/S0007114513002055
4. Barbara Parker, Manny Noakes, Natalie Luscombe, Peter Clifton. (2002). Effect of a High-Protein, High–Monounsaturated Fat Weight Loss Diet on Glycemic
Control and Lipid Levels in Type 2 Diabetes. Diabetes Care Mar 2002, 25 (3) 425-430.


Tuesday, November 20, 2018

4 Ciri-ciri Memilih Minyak Ikan yang Berkualiti Tinggi.

Memilih minyak ikan berkualiti tinggi.

Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi. Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa.


Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah, adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin yang lain?


Dengan kebimbangan ini, ramai yang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan cemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.


Apabila memilih minyak ikan yang berkualiti, perhatikan ciri-ciri ini:

Syarikat yang berkualiti



Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.


Ikan kecil atau Ikan Besar?



Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.


Ketulenan dan Keselamatan


Penyulingan Molekul - proses yang meletakkan minyak ikan di dalam keadaan vakum bagi membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Jika menggunakan suhu yang tinggi, minyak  minyak ikan ini berisiko mengandungi lemak trans.

Penyulingan Molekul - membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.


Kelangsungan


Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

Anda mungkin berminat dengan minyak ikan berkualiti tinggi ini. Sila klik gambar dibawah.


Wednesday, October 10, 2018

ZINC Plus

Penyokong Metabolik Semulajadi
Kod Produk: 11009 (120 tablets)
Zink adalah mineral surih yang dijumpai hampir di dalam setiap sel badan dan komponen di dalam lebih daripada 200 enzim. Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisme asid amino, penghasilan tenaga, metabolisme tulang, penggunaan vitamin A, penghasilan hormon.

Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat serta meningkatkan kesihatan tubuh.


Tahukah Anda?

Zink gluconate adalah salah satu bentuk zink chelated yang terbaik. Ia lebih mudah diserap oleh badan.


Keistimewaan Shaklee

• Satu tablet membekalkan 100% nilai harian yang diperlukan untuk zink.
• Dirumuskan dengan zinc gluconate dengan kadar penyerapan yang tinggi.


Fakta Nutrisi

Saiz Hidangan: 1 Tablet (689.00 mg) (Sebotol RM56.25 - 120 tablet)



KKLIU:1609/2018
MAL18016152NC




* Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.

Jika berminat untuk mendapatkan Zinc Plus, sila klik 'beli sekarang'

Kenapa Shaklee?


Sentiasa SELAMAT
Sentiasa TERBUKTI
Sentiasa BERKESAN  

Kenapa SAYA

Merupakan pengedar bebas Shaklee yang sah dan aktif sejak 2014 dan mempunyai pengalaman terhadap dunia suplemen.


Anda boleh terus menghubungi saya di talian telefon 0192604080 untuk sebarang order atau pertanyaan serta konsultasi PERCUMA selepas membuat belian. 







LELAKI Sejati Mengambil ZINK + KOENZIM Q10


Kekal Bertenaga


Dengan kombinasi nutrien yang betul, anda akan lebih bertenaga untuk melakukan apa yang anda suka. Mula dengan ZINK dan Koenzim Q10, antioksidan penting yang bertindak sebagai peningkat tenaga untuk anda bergerak aktif sepanjang hari.






Tukar Makanan Kepada Tenaga.

Badan anda memerlukan kedua-dua zink dan koenzim Q10 untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

▶️ZINK membantu menukar karbohidrat, lemak dan lipid kepada tenaga. Ia memastikan tubuh anda membakar makanan yang anda makan dengan sempurna untuk mengelakkan gangguan dalam penghasilan tenaga yang boleh menyebabkan keletihan.

▶️KoQ10 menyokong pengeluaran adenosine trifosfat (ATP), yang menyimpan dan menghantar tenaga supaya anda mendapat bekalan tenaga yang tinggi untuk melakukan aktiviti yang anda suka.






Menyokong Pengeluaran Tenaga Optimum

Pada peringkat sel, anda memerlukan glukosa di dalam sel untuk penghasilan tenaga.

▶️ZINK menyokong penghasilan, penyimpanan dan rembesan insulin, bahan yang memainkan peranan penting dalam penyerapan glukosa ke dalam sel anda untuk penghasilan tenaga optimum.

▶️KoQ10 bertindak sebagai penjana tenaga dengan menyediakan bekalan tenaga konsisten sepanjang hari untuk
badan anda.



Mempercepat Proses Membina Otot
Meningkatkan kekuatan otot untuk badan yang lebih sihat!

▶️ZINK menstabilkan struktur protein dalam otot dan mengawal paras hormon untuk pembinaan dan penyelenggaraan otot yang lebih sihat.

▶️KoQ10 membantu mengurangkan kecederaan otot yang disebabkan oleh senaman dan latihan1. Ia juga meningkatkan prestasi otot serta mengurangkan keletihan otot2 untuk prestasi fizikal yang lebih kuat dan lebih hebat.


Rujukan:
1. Kon, M., Tanabe, K., Akimoto, T., Kimura, F., Tanimura, Y., Shimizu, K., . . . Kono, I. (2008). Reducing exercise-induced muscular injury in kendo athletes with supplementation of coenzyme Q10. British Journal of Nutrition, 100(4), 903-909.
doi:10.1017/S0007114508926544
2. Cooke, M., Iosia, M., Buford, T., Shelmadine, B., Hudson, G., Kerksick, C., … Kreider, R. (2008). Effects of acute and 14-day coenzyme Q10 supplementation on exercise performance in both trained and untrained individuals. Journal of the
International Society of Sports Nutrition, 5, 8. http://doi.org/10.1186/1550-2783-5-8


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk yang mengandungi Zink boleh klik di sini 


Tuesday, October 9, 2018

7 MANFAAT LUAR BIASA MINERAL ZINK

7 MANFAAT LUAR BIASA ZINK

Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Tidak kira apa juga gelarannya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat kesihatan.



Meningkatkan Kesihatan Imun


Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.

• Memendekkan tempoh selesema.1
• Memberi sokongan imun2 dan mengaktifkan sel-sel imun3 supaya mereka berfungsi secara optimum.




Rambut kuat dan berkilau

Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.

• Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut
yang lebih sihat.4
• Meningkatkan pertumbuhan rambut.4




Kulit cantik dan berseri


Sifat anti keradangan zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih
sihat.
• Merawat jerawat dan melegakan radang kulit5 untuk kulit yang sihat berseri.




Permulaan Sihat, Keluarga Sihat

Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan
sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.
Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan
hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal,6 untuk membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penempelan.
Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.7




Meningkatkan Memori dan Pembelajaran


Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink
tertinggi.
• Meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat
yang lebih cekap.8
• Melindungi saraf dan tisu otak.9





Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda.
• Meningkatkan prestasi sukan.10
• Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.11




Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka.
• Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit.12
• Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka.12
• Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.13



Rujukan:
1. Singh, M., & Das, R. R. (2011). Zinc for the common cold. Cochrane Database Syst Rev, 2.
2. Prasad, A. S. (2008). Zinc in human health: effect of zinc on immune cells. Molecular medicine, 14(5-6), 353.
3. Kaltenberg, J., Plum, L. M., Ober‐Blöbaum, J. L., Hönscheid, A., Rink, L., & Haase, H. (2010). Zinc signals promote IL‐2‐dependent proliferation of T cells. European journal of immunology, 40(5), 1496-1503.
4. Park, H., Kim, C. W., Kim, S. S., & Park, C. W. (2009). The therapeutic effect and the changed serum zinc level after zinc supplementation in alopecia areata patients who had a low serum zinc level. Annals of dermatology, 21(2), 142-146.
5. Michaelsson, G., Juhlin, L., & Vahlquist, A. (1977). Effects of oral zinc and vitamin A in acne. Archives of dermatology, 113(1), 31-36.
6. Menezo Y, Pluntz L, Chouteau J, Gurgan T, Demirol A, et al. (2011). Zinc concentrations in serum and follicular fluid during ovarian stimulation and expression of Zn2+ transporters in human oocytes and cumulus cells. Reproductive
Biomedicine Online 22: 647-652
7. Zhao, J., Dong, X., Hu, X., Long, Z et al. (2016) Zinc levels in seminal plasma and their correlation with male infertility: A systematic review and meta-analysis. Sci. Rep. 6, 22386; doi: 10.1038/srep22386
8. Pan, E., Zhang, X. A., Huang, Z., Krezel, A., Zhao, M., Tinberg, C. E., ... & McNamara, J. O. (2011). Vesicular zinc promotes presynaptic and inhibits postsynaptic long-term potentiation of mossy fiber-CA3 synapse. Neuron, 71(6), 1116-1126.
9. Kumar V, Kumar A, Singh SK, Tripathi SK, Kumar D, et al. (2016). Zinc Deficiency and Its Effect on the Brain: An Update. Int J Mol Genet and Gene Ther, 1(1).
10. Kilic, M., Baltaci, A. K., Gunay, M., Gökbel, H., Okudan, N., & Cicioglu, I. (2006). The effect of exhaustion exercise on thyroid hormones and testosterone levels of elite athletes receiving oral zinc. Neuro endocrinology letters, 27(1-2), 247-252.
11. Krotkiewski, M., Gudmundsson, M., Backström, P., & Mandroukas, K. (1982). Zinc and muscle strength and endurance. Acta Physiologica Scandinavica, 116(3), 309-311.
12. Andrews, M., & Gallagher-Allred, C. (1999). The role of zinc in wound healing. Advances in Skin & Wound Care, 12(3), 137.
13. Sallit, J. (2012). Rationale for zinc supplementation in older adults with wounds. Annals of Long-Term Care: Clinical Care and Aging, 20(1):39-41.


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk yang mengandungi Zink boleh klik di sini 
SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...