Thursday, January 17, 2019

Siapa Perlukan Lebih Protin?


Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan manusia. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. 

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA? 


PENGGEMAR MANISAN

Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, dimana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan. 

Ambil protein untuk:

  • Menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.3, 4

BINA BADAN

Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan.

Ambil lebih protein untuk:

• Membina semula dan memperbaiki otot.
• Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.

TIP:
Untuk kesan yang lebih baik, ambil minuman/ makanan berprotein sebelum dan selepas senaman.


PERTENGAHAN USIA

Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk
kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami.

Ambil lebih protein untuk:

• Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan proteindengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan.
• Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

TIP:
Tambah 25g protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi


BAKAL IBU

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk:

• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.
• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangann yang cepat.
• Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. 


IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. 

Ambil protein untuk:

• Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu.
• Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu. 


MENJAGA BERAT BADAN

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang yang kadar metabolismenya rendah. 

Ambil lebih protein untuk:

• Meningkatkan rasa kenyang yang lebih
lama.
• Membantu mengawal pengambilan kaloriuntuk pengambilan makanan seterusnya.
• Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme anda. 



BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN?


Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein anda adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran anda atau anda boleh gabungkannya dengan buah kegemaran anda untuk sarapan yang lebih sihat. 

Anda berminat dengan protin yang berkualiti tinggi? sila klik 'disini'



Rujukan:

1. Paddon-Jones D, Short KR, Campbell WW, Volpi E, Wolfe RR. Role of dietary protein in the sarcopenia of aging. Am J Clin Nutr. 2008;87(5):1562S-1566S.
2. Ramdath, D. D., Padhi, E. M. T., Sarfaraz, S., Renwick, S., & Duncan, A. M. (2017). Beyond the Cholesterol-Lowering Effect of Soy Protein: A Review of the
Effects of Dietary Soy and Its Constituents on Risk Factors for Cardiovascular Disease. Nutrients, 9(4), 324. http://doi.org/10.3390/nu9040324
3. Dong, J., Zhang, Z., Wang, P., & Qin, L. (2013). Effects of high-protein diets on body weight, glycaemic control, blood lipids and blood pressure in type 2
diabetes: Meta-analysis of randomised controlled trials. British Journal of Nutrition, 110(5), 781-789. doi:10.1017/S0007114513002055
4. Barbara Parker, Manny Noakes, Natalie Luscombe, Peter Clifton. (2002). Effect of a High-Protein, High–Monounsaturated Fat Weight Loss Diet on Glycemic
Control and Lipid Levels in Type 2 Diabetes. Diabetes Care Mar 2002, 25 (3) 425-430.


SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...