Tuesday, November 20, 2018

4 Ciri-ciri Memilih Minyak Ikan yang Berkualiti Tinggi.

Memilih minyak ikan berkualiti tinggi.

Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi. Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa.


Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah, adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin yang lain?


Dengan kebimbangan ini, ramai yang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan cemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.


Apabila memilih minyak ikan yang berkualiti, perhatikan ciri-ciri ini:

Syarikat yang berkualiti



Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.


Ikan kecil atau Ikan Besar?



Kehadiran sejumlah kecil toksin tidak menjadi masalah untuk ikan kecil. Namun, apabila ikan yang lebih besar memakan beribu-ribu ikan kecil, ia mengumpul lebih banyak toksin. Apabila kita perhatikan rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi bioakumulasi. Minyak ikan yang diambil dari ikan kecil, mempunyai jumlah bioakumulasi toksin yang rendah.


Ketulenan dan Keselamatan


Penyulingan Molekul - proses yang meletakkan minyak ikan di dalam keadaan vakum bagi membolehkan ia mendidih pada suhu yang lebih rendah untuk melindunginya dari rosak. Jika menggunakan suhu yang tinggi, minyak  minyak ikan ini berisiko mengandungi lemak trans.

Penyulingan Molekul - membolehkan EPA dan DHA dipisahkan daripada logam berat, yang membolehkan toksin disingkirkan. Proses ini juga mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.


Kelangsungan


Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi.

Anda mungkin berminat dengan minyak ikan berkualiti tinggi ini. Sila klik gambar dibawah.


No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...