Wednesday, April 26, 2017

8 Tips Disiplinkan Diri



Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan.
Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan, Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama.

Lekatkan poster,cogan kata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat.

Jangan malu isytihar kepada dunia tentang apa yang anda akan capai. Yang penting 'pengisytiharan' itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.

Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari.

Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usahkan biarkan hari hari berlalu 'sepi' tanpa sesuatu pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Setiap perkara penting yang hendak anda laksanakan hendaklah ditulis tarikh akhirnya (deadline)
Hal ini akan memberikan satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh akhir itu berjaya di tepati. Anda akan rasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat dari hari ke hari.

Bagi satu tugasan yang terlalu sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), elok mulakan secara berdikit-dikit.
Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana hal ini akan menjerumuskan anda kepada satu keadaan "tidak berbuat apa-apa". Ingatlah, rasa tidak selesa melakukan aktiviti adalah lebih baik dari rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukan langsung!


Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting.
Tetapi ingat, jangan terus bergelumang ke bahagian-bahagian yang tersukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu. Hal ini akan memberikan anda semacam saru momentum untuk menakluki bahagian-bahagian yang tersukar dalam tugasan yang paling mencabar.

Amalkan dialog diri yang positif.
Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, " Aku boleh. Aku boleh berjaya kerana aku ialah orang yang berdisiplin." " Aku boleh capai target". Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif sama ada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina!


Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup.
Misalnya, menikmati makanan istimewa di tempat-tempat yang anda sukai selepas melaksanakan tugas-tugas besar. Katakan kepada diri, "sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan belanja diriku makan, the best nasi beriani in the town"


(Tulisan ini dipetik dari buku "Pesan Hati untuk Hati"- Us Pahrol Mohamad Juoi)


Sunday, April 23, 2017

Makanan Rendah GI (Indek Glisemik)


Tengahari sudah...

Selamat hujung minggu.

Mesti semua sibuk beraktiviti termasuklah yang menulis ni. Kebetulan ayahnya bawa si Hilmi keluar, sedap ummi kemas rumah laju-laju. Boleh la bertahan dalam 2 jam jadi la.

Lepas ni macam nak ke program pula.

Pagi tadi sarapan ESP denagan Oat, ESP rendah Indeks Glisemik iaitu 39 je. Jadi ESP melepaskan tenaga secara perlahan-lahan, tak rasa lapar dan lama kenyangnya.

Sesuai la untuk yang banyak kerja rumah ni, dah penat benti jap minum air ja. 

Untuk rasa tahan lapar eloklah ESP campur oat. Kalau ada masalah kolestrol dan ambil oat untuk tujuan serap kolestrol, kena ambil ESP dan oat berasingan ye. 

Ok jom sambung kerja semula 😊

#inifaktabukanauta
#faktaESP
#pemakanan

Nak beli ESP?

WA saya di 0192604080

Harganya RM150 satu bekas. Minum tiap hari tahan lebih kurang sebulan. 

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...