Tuesday, November 18, 2014

LINDUNGI JANTUNG ANDA DENGAN RM4.50 SEHARI. BERBALOI-BALOI

 
 
PENYAKIT JANTUNG MENYERANG ORANG MUDA???
**************************************************
INGIN MELINDUNGI JANTUNG ANDA???*
***************************************
INGIN MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG???*
**
****************************************************

Ya anda boleh!!! Dengan modal serendah RM4.50 sehari anda boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dengan OmegaGuard*

AWAS!! jika ada tanda sakit,sesak nafas dan terhimpit didada dan rasa sakit akan berkurang semasa berehat dan kembali sakit apabila kerja berat. Berpeluh dingin, berdebar jantung dan tubuh terasa lemah.

Terasa mahal sehari RM4.50?? Nak murah lagi ??

PROMOSI MENARIK menanti anda.
============================
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==

BERBALOI-BALOI

MANFAAT OMEGA

 @ Asid lemak tidak tepu
@ Mencegah penyakit saluran darah dan strok
@ Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
@ Meningkat system imun dan menyihatkan paru2
@ Menentang kanser
@ Memelihara fungsi sendi
@ Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

PROMOSI MENARIK menanti anda.
============================
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==

PERBEZAAN OMEGA SHAKLEE

* Minyak Ikan Terbaik Di Dunia.Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan Negara Jepun.Ia bukan dari minyak hati ikan.

 * 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

 * Omega Guard merupakan minyak paling tulen di dunia yan mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid Omega 3 semula jadi termasuk EPA,DHA, ALA.

 * Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini iaitu proses penyulingan proprieteri tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan semulajadi BUKAN kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan yang di amalkan oleh kebanyakan pengusaha kilang.

 * Kaedah yang diamalkan oleh Shaklee boleh menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan polychlorinated biphenyl-bahan kimia industry yang sangat toksid

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jadi,,,TAK SIA SIA anda mengorbankan RM4.50 sehari dari perbelanjaan anda untuk mendapatkan Omega Guard dengan manfaat yang bagus dan kualiti yang terjamin.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

PROMOSI MENARIK menanti anda.
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==
==SMS/WA “OMEGA” KE 0192604080==

“ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAN”

*Produk ini bukan tujuan untuk mendiagnos,merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit*

Sunday, November 16, 2014

SENTAP-MENYENTAP


 
“There is no home as comfortable as your father's arms and no bed as soft as your mother's lap.” ― Faraaz Kazi.
(Gambar sekadar hiasan- Tengah rindu sgt2 dengan mereka)


Assalamualaikum saudara saudari sekalian. 

Bertemu kembali kita diruangan alam maya..Hmmm...Agak lama Hasma tidak bersua dan menyepi..

 Sentap?? Siapa yang menyentap pasti ada yang tersentap. Sebelum Hasma memulakan bicara sekalung terima kasih dan tahniah kepada sahabat2  saya yang disayangi (tak leh mention sapa yang saya sayang takut ada yang terrsentap hi hi..) yang kerana dengan isu ini mempositifkan Hasma untuk menulis blog.

Sentap dengan kerja tak makan gaji? sentap dengan kerja suri rumah? sentap dengan jawatan kerani di ofis? Sentap bila orang tanya bila awak nak kawin? tak kahwin lagi? Anak seorang ja?....Ya kita boleh sentap jika sentapan itu menjadi momentum atau push faktor untuk kita bertindak merubah hidup dan masa depan kita..berdoa supaya kita berani untuk berubah kearah yang lebih baik..kita tidak boleh menutup mulut orang yang bercakap.

Apapun yang kita ada sekarang sudah cukup baik dan kita patut bersyukur. Kita dapat menyedut udara yang percuma tanpa apa2 bayaran ada yang tak sempat nak bangun pagi meninggal dalam tidur. Kita mempunyai tulang empat kerat untuk berusaha mencari kerja dan mencari rezeki yang halal untuk bagi keluarga makan dan macam2 lagi la kesyukuran yang tak tertulis...dan nikmat kesyukuran yang paling besar adalah kita ada Allah yang Maha Hebat.

Kepada yang berkecil hati tidak memiliki perkerjaan hebat atau gaji besar janganlah berasa begitu.. Allah tidak menilai semua itu..

·         Ada kereta mewah tak dibawa ke masjid atau tidak dibawa ke jalan hampir dengan Allah juga tiada nilai.

·         Ada basikal buruk,motor kapcai,waja yang tak bape mau hidup(kereta saya la tu) pun kalau tak dibawa ke tempat2 yang mendekatkan diri kita dengan Allah pun tiada nilai.

·         Rumah batu, rumah papan, rumah banglo, kos rendah, apartment,rumah mampu milik,rumah mampu tengok dan bermacam2 lagi rumah jika tak makmurkan rumah dengan apa yang Allah suka pun tiada nilai

·         Nilai sedekah RM10 dari org bergaji RM500 sebulan juga tidak sama dengan sedekah RM10 dari org bergaji RM5000 sebulan.

Alhamdulillah kepada yang sudah bergaji atau berpangkat besar kerana dengan itu sudah tentu zakatnya pun besar dan segala sumbangannya pun besar. Besar dan kecik, tinggi dan rendah adalah saling berkaitan. Kita umpama sebuah bangunan, debu,pasir dan serbuk simen memain peranan yang besar dalam mengukuhkan tiang dan bumbung. Dimana bumbung pula berperanan menyediakan tempat untuk org berteduh.

Lihatlah dengan pandangan Allah. Besyukur Hasma mempunyai sahabat2 yang berjiwa besar dan saling ingat mengingati antara satu sama lain..menegurku dikala alpa dan menarikku dikala jatuh..

Saya juga bersyukur dapat apply banyak ilmu masa “latihan” (tamrin) suatu masa dahulu bersama sahabat2. Berada di dalam keluarga besar Shaklee juga kesyukuran kepada saya selain dapat berniaga dan menjana pendapatan.

Hasil dari latihan2 itu kita belajar bagaimana menjadi orang beriman, belajar supaya tidak salah kata, belajar control emosi, sedih bersama, sedih bersama, belajar tawakkal, takut dan yakin dengan Allah, belajar memikir masa depan Islam dan yang utama adalah bersama2 menuju syurga ALLAH.

Oleh itu kita boleh sentap dan dorongkan setapan itu ke arah positif, tersentap bila ditanya minggu ni berapa kali bangun tahajjud, sudah solat dhuha ke belum sudah istigfar? Sudah taubat???

Sekian leteran Dhuha dari saya…panjang pulak berleter. Apapun tulisan ini ada untuk peringatan diri saya dan sebahagian tugasan oleh Mak Shaklee saya yang sangat2 owesome yang mewajibkan saya menulis blog.

“ Fokus akhirat inysaallah dunia akan hadir”

 

 







 

Omega Guard

 
 
'Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
7 KRITERIA OMEGA
1- FUNGSI @ MANFAAT
26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak
2- SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus
3- PERBEZAAN SHAKLEE
✿Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan oemga guard.
✿Kebanyakan pengusaha2 kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Ini akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Sebab itu penting dapatkan gred farmaseutikal.
PROSES PENYULINGAN 3 MOLEKUL untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkir bahan berbahaya seperti:
~ Plumbum
~ Merkuri
~ Arsenik
~ Kadmium
~ Dioksin
~ PCB
Kebanyakan omega di pasaran melalui proses penyulingan sekali atau dua kali molekul sahaja berbanding shaklee 3 kali tu.
4- SIMPTOM KEKURANGAN
ANTARANYA:-
- kelesuan
- lemah ingatan
- kulit kering
- tekanan dan perubahan mood (mood swing)
- peredaran darah perlahan
- masalah jantung
- diabetes
5- SUMBER MAKANAN
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.
6- DOS PENGAMBILAN
Untuk kanak-kanak memadai 1 biji sehari manakala dewasa 3 biji 2 @ 3 kali sehari WITH meals
7- PANDUAN PILIH
Omega Guard dihasilkan daripada minyak ikan tulen bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard di ekstrak dari ikan laut air sejuk
Berikut ialah 3 KRITERIA PENTING untuk membuat pilihan
• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Shaklee menggunakan teknologi terkini "ultrapure pharmaceutical grade" iaitu proses penyulingan 3 molekul dan tekanan rendah proses penyulingan bagi mengekstrak minyak ikan Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Semasa proses ini semua bahan-bahan tercemar termasuk plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCDs dikeluarkan.

Kredit: Mariani Md Isa

Saturday, October 25, 2014

Get Clean Home Care by Shaklee - Basic H

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Best pagi2 mop lantai dengan air campuran dengan Basic H.

Bau Basic H tidaklah sewangi pencuci lantai yang lain tetapi apa yang penting ianya tidak bertoksid dan natural sesuai dengan baby Hilmi yang baru belajar merangkak. Sekarang dia tengah menyulur. Basic H sangat pekat dengan ini ia amat menjimatkan. Dengan pekatan sebanyak 473ml ia boleh mengahasilkan 48 gelen air bancuhan Basih H. Alah membeli menang memakaikan? Dengan ciri-ciri biodegradable sudah semestinya ia bersifat mesra alam.

Basic H juga boleh digunakan untuk mencuci tiles, meja, stainless steel, cermin dan tingkap. Ia juga boleh menghilangkan grease di oven, mikrowave dan stove.

Selamat mencuci rumah dengan Basic H

Thursday, October 23, 2014

Kualiti Kulit Bertambah Baik Dengan Collagen Shaklee



 
Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum..
 
Malam ni Hasma nak cerita berkenaan testimoni dari customer Collagen Shaklee Hasma iaitu Pn Noor (50 tahun).
 
Setelah sebulan meminum Collagen beliau merasa perubahan pada kulit muka beliau. Kulitnya terasa lebih licin dari sebelum ini. Walaubagaimanapun kesan jeragat masih lagi kelihatan.

Selain dari itu muka Pn Noor kelihatan kurang berminyak dan lembab serta kemerah-merahan. Kedutan dibahagian muka dan batang hidungnya juga berkurangan. Liang pori dibahagian pipi dan hidung Pn. Noor juga semakin mengecil. Ketika mengambil wudhuk beliau merasakan kulit mukanya semakin licin dan gebu.
 
Selain kelihatan cantik Pn Noor mendapat bonus badan yang segar dan kesihatan yang optimum. Beliau sangat gembira dan teruja dengan perubahan ini.

Selepas ini Pn Noor bercadang untuk mengambil vivix pula disamping meneruskan collagen untuk menjaga kesihatan dalaman. Sebagai penjawat awam yang berusia 50 tahun, beliau merasakan kesihatan dalaman amat penting untuk sentiasa aktif, produktif dan positif. Dan katanya yang paling penting katanya untuk suami tersayang.
 
Secara keseluruhan Pn Noor amat berpuashati dengan Collagen Shaklee. Terima kasih Pn Noor.
 
 

Monday, October 20, 2014

PEGANG ANJING, HUKUMNYA JELAS. DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN YANG SALAH


Isu pegang anjing yang heboh sehari dua ini bukan sekadar dibincangkan dari sudut hukum atau dari sudut fiqh, tetapi lebih dari itu ia perlu dibincangkan dari sudut pemikiran moden yang berkembang dalam kalangan generasi baru. Dari sudut fiqh, ada mazhab yang ketat dalam isu pegang anjing dan pula mazhab yang memberikan ruang dan kelonggaran seperti mazhab Hanafi. Ia sepatutnya tidak menjadi masalah yang besar kerana wujud kelonggaran dari sudut agama. Masalahnya ialah ia bercanggah dengan adat dan tradisi orang Melayu di negara ini yang berasa canggung dengan anjing. Ia dikukuhkan dengan mazhab fiqh orang Melayu yang berasaskan kepada mazhab kurang mesra dengan anjing. Kalau pegangpun, hanya perlu basuh sahaja bukanlah haram.
 
Dari sudut pemikiran, mengetengahkan isu pegang anjing merupakan suatu jenis pemikiran yang dinamakan sebagai post modernism iaitu pemikiran yang sentiasa mengkritik apa yang telah mapan atau yang sudah biasa diamalkan dalam masyarakat atau melakukan sesuatu menyanggah kebiasaan masyarakat. Ia menjadi trend semasa kepada generasi masa kini yang dipercayai atas alasan itu adalah hak mereka. Banyak aktiviti kehidupan generasi masa kini yang cuba menyalahi amalan kebiasaan pada masa lalu yang dianggap sebagai inovasi. Malah, menyanggahi amalan kebiasaan dalam sesetengah keadaan sangat digalakkan atas nama inovasi. Memang tidak semua sanggahan terhadap tradisi itu haram melainkan sekiranya menyanggah perkara yang diwajibkan di dalam agama.
 
Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti. Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu. Namun, bagi seorang pluralis dan liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka. Maka, menyanggahi tradisi termasuk agama adalah suatu keperluan. Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism.
 
Isu pegang anjing merupakan suatu usaha yang halus yang boleh dikaitkan dengan usaha untuk meruntuhkan pegangan umat Islam terhadap tradisi, termasuklah agama. Setakat ini, pegang anjing bukanlah suatu isu penting yang perlu diangkat sebagai bahan perbincangan oleh umat Islam. Banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian oleh orang Islam seperti isu akidah, isu arak dan sebagainya. Tetapi ia diangkat sebagai isu yang penting dipercayai mempunyai agenda yang tertentu dan sebahagian dari kempen besar contestation dalam “politik baru” yang ingin dibawa masuk ke dalam negara ini. Kali ini mungkin pegang anjing, mungkin akan datang lain pula isunya.
Saidina Ali berkata: kata-kata yang betul, tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.
 
Nota - Post modern adalah asas kepada Islam liberal dan post Islamism. Mereka suka mengkritik walaupun perkara yang tetap di dalam Islam

Pesanan Terakhir Pesakit Leukimia - Mari Bertahajjud



Pagi tadi Hasma medapat berita berita sedih tentang senior sekolah saya pergi buat selama-lamanya bertemu Yang Maha Esa. Berita ini disampaikan oleh sahabat Hasma Faizatul Hasliyanti Ghazali. Sebelum meninggal dunia Allahyarham sempat meninggalkan nukilan terakhir kepada kawan -kawannya.

Farid Wajidi Ariffin
"Bicara bicara terakhir dari aku...
Kawan2... izinkan saya menulis perkara2 terakhir sebelum aku pergi bertemu dgnNya. Ini bukanlah nasihat, atau bicara agama, aku bukannya seorang ustaz utk berkelayakan utk menyampaikan amanah atau pesanan agama kepada tuan2.... sekadar bercerita pengalaman2 diri sendiri dan fahaman aku sendiri tentang hala tuju hidup kita sebagai muslim tatkala aku menghampiri panggilan sakara. Please take note that, "fahaman aku sendiri", so sudah tentu banyak kesalahan, tuan2 betulkan sekiranya ada kesalahan.
 
Izinkan aku berbicara begini memenuhi wall2 facebook tuan2, sehinggalah aku tak berdaya lagi utk berbicara atau sehingga malaikat datang menyapa aku nanti... bukanlah bermaksud aku berputus asa dari rahmatnya, hidup dan mati di tangan Allah, aku akan terus berjuang demi Ilahi, tapi aku harus juga bersiap sedia utk menghadapi tanda2 sakara yang sekali sekala datang menegur dan menyapa dan semakin hari semakin dekat aku rasa...
 
Pagi ini aku nak bicara sedikit tentang tahajjud, Tuan2, tatkala kita sihat kita selalu mengambil sikap lewa terhadap solat tahajjud. Bangunlah malam2 sahabat2 ku sekelian, kekadang malaikat datang menegur tuan2, tuan pun membuka mata, akibat daripada sikap malas bukan sebab tak sihat, maka kita sambung tidur semula. Tuan2, bukan sekadar jadi pada tuan2, jadi jugak pada diri aku ketika aku sihat. Sekarang bila sakit, berderau airmata tatkala ingin mengambil wuduk melakukan solat tahajjud, tapi diri tidak berdaya kerana kuantiti darah yg amat sedikit dalam badan aku, nak angkat kepala pun sakit, kadang2 darah keluar dari hidung dan mulut, aku menjawab sapaan malaikat yang datang menggerak aku utk tahajjud dgn derauan airmata kerana aku tak MAMPU, maka aku menggunakan rukhsah yg Allah bagi dgn bertayammum, aku cuba tunaikan juga walaupun terpaksa baring di atas katil. Tuan2.... tunaikanlah solat tahajjud ketika tuan2 sihat, tak sama rasa bila tuan2 mampu menyucikan diri dgn wuduk dan berdiri dan meletakkan kepala sujud pada Allah pada malam hari berbanding solat di atas katil dgn bertayammum, percayalah tuan2... jangan tunggu sehingga sakit seperti aku datang menyapa....
 
"... Sebenarnya, kalau kita terjaga pada tengah malam, ia adalah satu anugerah daripada Allah. Allah lah yang telah mengirimkan malaikatNya utk mengejutkan kita bangun beribadat, sujud padaNya, Jadi sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun, pintalah apa2 doa walaupun sedikit kepada Allah. Kemudian tidurlah. Sekiranya kita sedar, kemudian terus sambung tanpa mengucapkan apa2 seperti beristighfar dan bertahmid, kemudian malam kedua dan ketiga pun begitu juga, kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejut kita...". Petikan dari "BICARA INI DEMI ILAHI" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
wallahua'lam."
 
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Semoga arwah dalam keampunan dan Rahmat Allah. Al-Fatihah..
 
 

Shaklee Adalah Pilihan Vitamin Anda

Di bawah ini Hasma senaraikan Vitamin Shaklee berserta khasiat, harga dan kuantitinya..Selamat membaca.

B-complex(dengan asid folik)
menigkatkan fungsi otak
mengawal stress
 
 
 























Mealshakes



Rasa vanilla yang sedap. Anak2 saya suka minum. Yang 4 tahun(Husna) masuk 1 skop dalam botol susu..yang abang2nya bancuh dalam cawan je. Sehari 1 skop sahaja.Husna dan abang2nya jarang selsema kalau kena selsema pun cepat baik. Selera makan memang bertambah. Sampai raya haji baru ni mak sedara dia kata tak kenyang2 k...a budak2 ni.

Antara kebaikan Mealshake:
* Untuk anak yang kurang selera makan, kerap demam dan selsem
*Untuk anak yang sembelit, athma,eczema
*Untuk pelajar yang letih dan kurang perhatian dlm pelajaran
*Untuk menambah berat badan
*Rasa vanilla yang sedap.
*Untuk anak berumur 1 tahun ke atas.

" Insyaallah kita hanya berusaha yang terbaik"

PM/WA/SMS saya: 0192604080 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Terima kasih
 

Saturday, October 18, 2014

Berak Puas Dengan Alfalfa



Testimoni Alfalfa
**************

Suami saya telah mengambil Alfalfa Complex selama sebulan. Beliau memberitahu saya “buang air besar lawas dan badan pun rasa ringan selepas makan Alfalfa”. Sebelum ini dia mengalami sembelit dan berasa kurang puas ketika membuang. Kalau masuk tandas, akan mengambil masa yang lama kerana berasa kurang puas. Tetapi, Alhamdulillah setelah mengambil Alfalfa seper...
ti yang disyorkan, beberapa hari sahaja terdapat kesannya yang sungguh baik.

Memang buang air besar lawas sangat rapat dengan kesihatan kerana sembelit akan menyebabkan toksin dan bahan buangan tidak dapat dinyahkan. Ini adalah sejajar dengan doa yang dibaca selepas keluar tandas yang bermaksud “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dari aku penyakit dan menyihatkan aku”.

Ini bermakna membuang air besar yang normal dapat membuang penyakit, manakala sebaliknya akan mengundang masalah kepada kesihatan.

 
Sekian Terima Kasih
 
 


Monday, September 15, 2014

Kelas Blog dan SEO (Search Engine Optimization) - Setapak Aku Melangkah


Pada hari Sabtu (13 Sept ‘14), Hasma telah mengikuti kelas Blog dan SEO yang telah dianjurkan oleh “Mak Shaklee” iaitu Pn Umee Suziana Abdul Ghani yang turut dihadiri oleh 20 orang Sahabat Shaklee. Kelas ini berjalan selama 5 jam yang diadakan di Taman Impian Putra, Bangi Lama. Memang sangat menarik kerana cikgu iaitu Puan Atiqah telah memberikan tunjuk ajar yang sangat
SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...