Friday, September 8, 2017

Resepi Sardin Homemade


Sardin Homemade


10-12 ekor ikan selayang


Bahan blend

4 bj tomato

3 bj bwg merah besar

3-4 ulas bwg putih

Sedikit cili kering kisar

-------

1/2 cwn tomato puri

1/2 cwn minyak

Garam+gula secukup​ rasa 

Sedikit air jika perlu. Saya tak pakai air.

 

Masukkan semua sekali dalam pressure cooker. Kemudian masak dalam 1-2 jam / sehingga tulang ikan lembut.


Selamat mencuba.


*Terima kasih pada yang beri resepi.

Thursday, September 7, 2017

Sehari Selembar Benang.


(Cerita beberapa hari yang lalu)

Alhamdulillah... syukur. Permulaan yang baik untuk pembuka September 2017.

Tunggu abam Poslaju datang ambil.
OmegaGuard 2 botol
Ostematrix 1 botol
Vitamin E 1 botol
Vitamin C 1 botol

Alhamdulillah juga bulan Ogos 2017 yang lepas, antara bulan-bulan yang agak cemerlang. Lebih bahagia lagi bila anak-anak bisnes di bawah Hasma juga turut merasai bonus.

Sesungguhnya rezeki tak pernah salah alamat.

Terima kasih atas sokongan sahabat semua. Semoga asbab kita makan vitamin ni, Allah bagi kesihatan yang baik untuk kita.

Paling penting lebih sihat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini. Tujuan dan  matlamat kita adalah akhirat yang kekal abadi.

Siiru ala barkatillah.

Yang perlukan supplimen Shaklee boleh hubungi Hasma di talian 0192604080.





Monday, September 4, 2017

Senaman 10 Minit, Rangsang Kesihatan



Menurut kajian PLOS ONE, menambah hanya seminit untuk latihan ekstrem dalam 10 minit senaman, mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes sama seperti anda senaman 50 minit pada kadar yang lebih perlahan.

Kajian sebelum itu turut mendedahkan manfaat latihan senaman ekstrem kepada jantung dan penurunan berat badan.

Di bawah ini, di cadangkan cara untuk menjadikan 10 minit anda lebih bermakna.

2 minit
Berjalan, joging atau berbasikal untuk memanaskan badan.

20 saat
Berjalan, joging atau berbasikal selaju yang boleh.

2 minit
Berjalan, joging atau berbasikal pada kadar nor

20 saat
Berjalan, joging atau berbasikal selaju yang boleh.

2 minit
Berjalan, joging atau berbasikal pada kadar normal

20 saat
Berjalan, joging atau berbasikal selaju yang boleh.

3 minit
Berjalan, joging atau berbasikal pada kadar normal untuk menyejukkan badan.

Sumber: majalah isihat


Jom cuba😊

Sunday, September 3, 2017

Sup Kaki Lembu / Kawarik


Hari ke 3 raya baru sempat makan sup.

Sejak dahulu kala seingat Ma setiap raya haji mesti makan sup kaki lembu.

Abah akan proses kaki lembu diperhatikan anak-anaknya, dari situ kami belajar proses kaki. Semacam menjadi acara keluarga setiap raya haji.

Sekarang suamiku pula rajin memprosesnya sebab dia pun suka makan. Alhamdulilah ada orang tolong buat.😍

Dahulu makan sepuas-puas hati, semahu-mahunya. Sekarang makan juga tapi lebih beringat-ringat. Almaklumlah tahun depan nak masuk 4 siri sudaaaa..
Metabolisme makin berkurang, makan apa pun kena beringat.

Hari ini wajib ambik 6 biji OmegaGuard dan 6 biji Lecithin. Bawang putih pun makan.

OmegaGuard bantu bakar lemak.
Lecithin emulsi lemak.
Bawang putih (Garlic complex) baik untuk kawal kolestrol.


Hasma

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...