Monday, January 22, 2018

Omega-3 Membantu Kesihatan Jantung

Pastikan Jantung BERDEGUP dengan Omega-3


Jantung adalah satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, ia memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, ia memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.


Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat



Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, iaitu Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. 

Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan:

  • Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik).1
  • Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah).2
  • Merendahkan risiko penyakit jantung.1,2


Mengawal Tekanan Darah yang sihat



Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. 

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.1,3


Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat



Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

Omega-3 membantu:
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar.
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.3


Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat 


Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.1


Menyokong Peredaran Darah yang Sihat


Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda. Omega-3 membantu:


  • Mengurangkan risiko pembekuan darah.4
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.5




Ingin mengetahui sumber minyak ikan berkualiti tinggi untuk anda dan keluarga? Klik gambar untuk info lanjut.






Rujukan:
1. Kris-Etherton PM, Harris WS, Appel LJ; American Heart Association. Nutrition Committee. Fish consumption, fish oil, omega-3 fatty acids, and cardiovascular disease. Circulation. 2002;106:2747–2757

2. Dietary supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids and vitamin E after myocardial infarction: results of the GISSI-Prevenzione trial. Gruppo Italiano per lo Studio della Sopravvivenza nell’Infarto miocardico.
Lancet. 1999;354:447–455.

3. Connor WE. Importance of n-3 fatty acids in health and disease. Am J Clin Nutr. 2000; 71 (1 Suppl): 171S–175S.

4. Neil J. Stone. Fish Consumption, Fish Oil, Lipids, and Coronary Heart Disease. Journal of the American Heart Association. November 1, 1996, Volume 94, Issue 9

5. Mohebi-Nejad A, Bikdeli B. Omega-3 Supplements and Cardiovascular Diseases. Tanaffos. 2014;13(1):6-14.

Sunday, January 21, 2018

Omega-3 untuk Minda








Makan Omega-3 untuk Minda Anda.

Omega-3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda anda berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam.  








Meningkatkan Prestasi Mental.

Pengambilan Omega-3 menunjukkan: 
  • Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian.4
  • Menyokong  pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca.4
  • Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.7

Memperbaiki mood secara positif.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi.

Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega-3 membantu:

  • Membangkitkan mood. 8
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.8


Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia.5

Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental.5 Alami penuaan sihat melalui pengambilan Omega-3 secara teratur untuk :
  • Merendahkan risiko penurunan kognitif.5,6
  • Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori.5
  • Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan Dementia. 5
  • Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.7

Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran.

Omega-3, khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk otak.  Oleh itu, pengambilan Omega-3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana ia:


  • Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.2
  • Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi.2
  • Meningkatkan koordinasi tangan-mata 2 serta kepintaran kanak-kanak.3
  • Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.3
  • Menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif, dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.

Inginkan makanan tambahan minyak ikan Omega-3 tulen berkualiti tinggi bergred farmaseutikal? Klik pada gambar untuk info lanjut.




Rujukan:

1. Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.

2. Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. Am J Clin Nutr. 2007; 85:1572–7

3. Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.

4. Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.

5. Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.

6. Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients.  6(10), 4058–4072.

7. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.

8. Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.

9.  Chang CY1, Ke DS, Chen JY. Essential fatty acids and human brain. Acta Neurol Taiwan. 2009 Dec;18(4):231-41.

Thursday, January 18, 2018

Manfaat Omega-3 untuk Ibu, Bapa dan Bayi

TAHUKAH ANDA?




Kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan DHA semasa tempoh kehamilan melahirkan bayi dengan kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik pada usia 9 bulan berbanding dengan  ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.2

Omega-3 BAIK untuk IBU dan SAYA !





Permulaan terbaik untuk seorang Ibu


Di setiap peringkat kehamilan anda, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak anda. Salah satu asid lemak paling penting untuk anda dan kesejahteraan bayi anda adalah asid lemak Omega-3 - asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi kebaikan Omega-3 untuk anda dan bayi anda!

Sebelum Kehamilan

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia:

Wanita (Ibu)

• Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon. 1
• Membantu mengatur kitaran haid. 1
• Meningkatkan aliran darah rahim untuk meningkatkan peluang mengandung.1

Lelaki (Bapa)

•  Meningkatkan kepekatan sperma.6
•  Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.8

Semasa Kehamilan

Apa yang anda ambil semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi anda. Tambahkan Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana ia: 

Ibu

  • Menurunkan risiko kelahiran pramatang.1
  • Menggalakkan tempoh kehamilan optimum.2
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan). 7

Bayi

  • Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah dalam plasenta.1
  • Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika di dalam janin.1
  • Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.2
  • Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.3
  • Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga. Menggalakkan perkembangan saraf otak.5

Selepas Bersalin & Penyusuan





Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3:

Ibu

  • Mengurangkan risiko kemurungan postpartum. 1,4

Bayi

  • Menyokong proses kematangan otak semasa tempoh lima tahun pertama kehidupan.
  • Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak.5
  • Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema.5
  • Menyokong perkembangan penglihatan.9,10
  • Menggalakkan pola tidur yang  lebih baik.9,10


Ingin mengetahui sumber minyak ikan berkualiti tinggi untuk anda dan keluarga? Klik gambar untuk info lanjut.



Minyak Omega-3

Rujukan:

1.    Saldeen P1, Saldeen T. Women and omega-3 Fatty acids. Obstet Gynecol Surv. 2004 Oct;59(10):722-30; quiz 745-6.


2.    Danielle Swanson, Robert Block, and Shaker A. Mousa. Omega-3 Fatty Acids EPA and DHA: Health Benefits Throughout Life. 2012 American Society for Nutrition. Adv. Nutr. 3: 1–7, 2012. 

3.    Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta levels after fish oil supplementation of pregnant women. 

4.    Grosso G, Pajak A, Marventano S, et al. Role of Omega-3 Fatty Acids in the Treatment of Depressive Disorders: A Comprehensive Meta-Analysis of Randomized Clinical Trials. Malaga G, ed. PLoS ONE. 2014;9(5):e96905. doi:10.1371/journal.pone.0096905.

5.    Coletta JM, Bell SJ, Roman AS. Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Reviews in Obstetrics and Gynecology. 2010;3(4):163-171.

6.    Esmaeili, V., Shahverdi, A. H., Moghadasian, M. H. and Alizadeh, A. R. (2015), Dietary fatty acids affect semen quality: a review. Andrology, 3:450–461 doi:10.1111/andr.12024.

7.    Williams MA1, Zingheim RW, King IB, Zebelman AM. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7. Omega-3 fatty acids in maternal erythrocytes and risk of preeclampsia. Epidemiology. 1995 May;6(3):232-7.

8.    M. Roqueta-Rivera, T. L. Abbott, M. Sivaguru, R. A. Hess, M. T. Nakamura. Deficiency in the Omega-3 Fatty Acid Pathway Results in Failure of Acrosome Biogenesis in Mice. Biology of Reproduction, 2011; 85 (4): 721 DOI: 10.1095/biolreprod.110.089524 

9. Harris MA. Implementation of evidence based recommendations for omega 3 docosahexaenoic acid (DHA) in pregnancy. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 Food and Nutrition Conference & Expo; October 5, 2015; Nashville, TN. 

10. Lammi-Keefe CJ. Nutrition’s role in successful pregnancy outcome: omega-3 fatty acids. Talk presented at: Academy of Nutrition and Dietetics 2015 

  

Wednesday, January 17, 2018

Omega-3: Lemak yang Menguruskan?





Asid lemak Omega-3 adalah lemak. Ya, ia adalah LEMAK yang MENGURUSKAN bukan menggemukkan.

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi.  Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!. Mari kita lihat bagaimana Omega 3 berperanan dalam membantu mengurangkan berat badan.


Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat 

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan.  Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia:

• Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.1
• Meningkatkan kadar pembakaran lemak.1
• Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.1
• Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita. 2,3


Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama di dalam badan manusia iaitu ghrelin dan leptin  berperanan mengawal rasa lapar (ghrelin)  dan kenyang (leptin). Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:

Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan. 2,4


Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat 

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan: 

Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak. 5,6


Mengurangkan Tekanan

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, korsitol adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.7


Rujukan:
1.   Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.

2.   Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. AmJ Clin Nutr. 2007; 85:1572–7

3.   Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.

4.   Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.

5.   Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over  study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.

6.   Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients.  6(10), 4058–4072.

7.   Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.



Berikut ialah sumber minyak Omega-3 tulen dan berkepekatan tinggi. Klik pada gambar untuk info lanjut. 



Tuesday, January 16, 2018

Manfaat SPF:Tetap Selamat di bawah Sinaran Matahari


Apa sebenarnya SPF?

SPF bermaksud Sun Protection Factor, dan ia mengukur sejauh mana sesuatu produk melindungi kulit anda daripada kesan UVB sinar matahari (sinar matahari). Pakar dermatologi mengesyorkan menggunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 30, yang menyekat 97 peratus sinar UVB matahari. SPF yang lebih tinggi menyekat lebih banyak sinar UVB matahari, tetapi tiada pelindung matahari boleh menyekat 100 peratus sinar UVB matahari. 

Ia juga penting untuk diingat bahawa nombor SPF yang tinggi mempunyai jumlah masa perlindungan yang sama seperti nombor SPF rendah. SPF nombor tinggi tidak memberikan anda meluangkan masa tambahan tanpa perlu memakai semula. Semua pelindung matahari perlu digunakan kira-kira setiap dua jam atau mengikut masa pada label, walaupun pada hari-hari mendung, dan selepas berenang atau berpeluh.


Beberapa sebab untuk menggunakan SPF sepanjang tahun:

1) Perlindungan kulit. 

Sinaran UVB daripada matahari adalah penyebab utama dari sinar matahari yang buruk, dan pendedahan yang berpanjangan boleh merosakkan kulit anda dengan teruk. Tetapi menggunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 15 akan melindungi kulit anda dari 93% sinaran UVB.

2) Anti penuaan. 

Banyak tanda penuaan yang kelihatan, seperti kedutan dan garis halus, disebabkan oleh matahari. Sinaran UVA boleh menembusi kulit anda dan mempengaruhi bagaimana kulit anda membina semula dirinya. Tetapi ini boleh dielakkan. Cari produk Spektrum SPF yang luas yang melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB.

3) Kulit yang sihat

Penjagaan kulit yang betul dan perlindungan dengan SPF boleh membantu kulit anda mengekalkan penampilan yang halus dan kelihatan muda. Dan jika anda menggunakan pelembap dengan SPF Spektrum Luas dan memakainya setiap hari, anda boleh mempunyai manfaat untuk melindungi kulit anda dan menyuburkannya. Pastikan kulit anda sihat dan bersinar.


Petua Pantas:

Untuk memastikan kulit anda tetap dilindungi sepanjang hari, ulang semula pemakaian losyen SPF anda atau pelembap setiap 2 jam semasa pendedahan kepada matahari.

Nantikan BB Cream Youth di pasaran tidak lama lagi.




Monday, January 15, 2018

8 CARA MAKAN UNTUK KULIT YANG LEBIH SIHAT





Apa yang anda makan dan seberapa baik anda memelihara badan boleh memberi impak besar kepada kesihatan.


Kajian kesihatan menyokong pilihan makanan dan pemakanan yang baik dan memberitahu kita bagaimana pilihan tersebut dapat meningkatkan perkembangan otak, hati, pencernaan, kawalan gula darah, dan mungkin memanjangkan umur.

Tetapi bagaimana dengan kulit anda?

Penyelidik telah menyiasat kesihatan kulit dan mendapati bahawa pemakanan yang lebih baik boleh menyamai kulit yang lebih sihat, lebih bersih, dan lebih berseri.

Diet anda mempengaruhi keseimbangan hormon, keradangan, dan detoksifikasi-dan mereka muncul sebagai kulit bersih (atau tidak), kedutan (atau tidak), dan kulit yang berseri (atau tidak).

Ya, anda adalah apa yang anda makan dan kulit anda menunjukkannya. Mari lihat bagaimana:


1) Karbohidrat umumnya adalah makanan yang sihat sehinggalah ia diproses dan diubah menjadi gula ringkas. Gula ringkas meningkatkan kerosakan radikal bebas dan glycated protein (protein tersembunyi) di seluruh tubuh- terutamanya pada kulit. Kajian telah menunjukkan penggunaan gula dalam jumlah besar yang meningkat.[1] Elakkan gula tambahan selagi boleh. Soda 12 oz mungkin mengandungi 8 sudu tambahan gula, lebih daripada yang anda perlu makan dalam sehari. Penuhkan pinggan anda dengan karbohidrat kompleks daripada bijirin dan sayuran yang sihat.
       

2) Protein seperti kolagen dan elastin adalah komponen utama dalam rambut, kulit dan kuku anda. Protein ini memerlukan protein yang baik dalam diet untuk sokongan. Pilih protein yang sihat termasuk ikan, ayam, dan daging lembu yang diberi makan rumput.


3) Lemak yang boleh membahayakan kulit anda adalah lemak trans (didapati dalam makanan yang diproses dan marjerin). Kulit kita menggunakan asid lemak Omega-3 yang sihat seperti yang terdapat di dalam minyak ikan untuk membantu sel-sel kulit berfungsi dengan lebih baik.[2] Minyak zaitun juga telah dikaji dan didapati dikaitkan dengan 31 peratus risiko yang lebih rendah untuk photoaging (penuaan akibat cahaya matahari) orang yang menggunakannya secara berkala. [3]

4) Buah-buahan dan Sayur-sayuran perlu diberi perhatian khusus kerana ia mengandungi banyak nutrien yang baik yang diperlukan oleh badan kita.[4] Diet Mediterranean, yang tinggi dalam sayur-sayuran dan kekacang, telah terbukti hebat untuk kesihatan kulit.[5] Banyak fitokimia yang sihat termasuk flavanol, karotenoid, polifenol, dan lain-lain terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.[6]
       
5) Resveratrol adalah polifenol khas yang terdapat dalam wain merah dan buah-buahan tertentu. Resveratrol telah ditunjukkan dalam kajian untuk melindungi kulit daripada kesan radikal bebas.[7]
       
6) Teh hijau mengandungi banyak sebatian bioaktif (seperti polifenol, flavonoid, dan Catechin) yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk meningkatkan peredaran darah.[8]
       
7) Protein soya telah dikaji dan didapati dapat membantu mengurangkan kedutan kedutan halus dan meningkatkan keanjalan kulit. Penyelidik telah mendapati bahawa 40 mg isoflavon kacang soya  setiap hari seolah-olah cukup untuk melihat perubahan positif. [9]

8) Air adalah manfaat yang besar kepada kulit dan anda harus cuba mendapatkan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

Makanan yang anda makan bukan sahaja menyediakan nutrien untuk kehidupan tetapi sebilangan besar bahan bioaktif lain untuk menyokong kesihatan, termasuk kesihatan kulit yang baik. Luangkan masa untuk memastikan anda mendapat nutrien yang akan membantu kulit anda mengekalkan wajah berseri  sepanjang hidup anda.



Rujukan:

[1] Purba MB, Kouris-Blazos A, Wattanapenpaiboon N, Lukito W, Rothenberg EM, Steen BC, Wahlqvist ML. Skin wrinkling: can food make a difference?. Journal of the American College of Nutrition. 2001 Feb 1;20(1):71-80.

[2] McCusker MM, Grant-Kels JM. Healing fats of the skin: the structural and immunologic roles of the ω-6 and ω-3 fatty acids. Clinics in Dermatology. 2010 Aug 31;28(4):440-51.

[3] Latreille J, Kesse-Guyot E, Malvy D, Andreeva V, Galan P, Tschachler E, Hercberg S, Guinot C, Ezzedine K. Dietary monounsaturated fatty acids intake and risk of skin photoaging. PloS one. 2012 Sep 6;7(9):e44490.

[4] Liu RH. Health benefits of fruit and vegetables are from additive and synergistic combinations of phytochemicals. The American journal of clinical nutrition. 2003 Sep 1;78(3):517S-20S.

[5] Primavesi L, Piantanida M, Pravettoni V. Mediterranean Diet and Skin Health. InBioactive Dietary Factors and Plant Extracts in Dermatology 2013 (pp. 3-14). Humana Press.

[6] Heinrich U, Tronnier H, Stahl W, Bejot M, Maurette JM. Antioxidant supplements improve parameters related to skin structure in humans. Skin pharmacology and physiology. 2006;19(4):224-31.

[7] Ndiaye M, Philippe C, Mukhtar H, Ahmad N. The grape antioxidant resveratrol for skin disorders: promise, prospects, and challenges. Archives of biochemistry and biophysics. 2011 Apr 15;508(2):164-70.

[8] Heinrich U, Moore CE, De Spirt S, Tronnier H, Stahl W. Green tea polyphenols provide photoprotection, increase microcirculation, and modulate skin properties of women. The Journal of nutrition. 2011 Jun 1;141(6):1202-8.

[9] Izumi T, Saito M, Obata A, Arii M, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. Journal of nutritional science and vitaminology. 2007;53(1):57-62.

Sunday, January 14, 2018

PENJAGAAN KESIHATAN











Iodin : Kenapa Penting Semasa Hamil?





Iodine adalah nutrien penting yang diperlukan untuk sintesis hormon tiroid, oleh itu ia memainkan peranan penting dalam fungsi tiroid normal dalam semua peringkat kehidupan. Pengambilan iodin yang mencukupi adalah lebih penting bagi wanita hamil kerana janin sepenuhnya bergantung pada fungsi tiroid ibu untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan otak / neuron.


Walaupun Institut Perubatan (IOM) mengesyorkan 220 mcg/d untuk wanita hamil, Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) mencadangkan 150 mcg untuk kedua-dua wanita hamil dan tidak hamil. Pasukan sains Shaklee kami memilih 200 mcg / dos Iodine untuk Vita-Lea Iron formula, yang merupakan tahap pertengahan di antara dua cadangan ini. Rasionalnya adalah seperti berikut:


1) Pengambilan Iodin perlu ditingkatkan untuk wanita hamil kerana peningkatan permintaan pada fungsi tiroid untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin, serta untuk mengekalkan tahap iodin ibu sendiri disebabkan peningkatan perkumuhan iodin di dalam urin semasa mengandung.


2) Kekurangan Iodin telah meningkat. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengambilan diet iodin secara amnya menurun di Amerika Syarikat dan populasi global, termasuk wanita hamil dan wanita yang tidak mengandung pada usia subur. Oleh kerana UL (had atas) pengambilan selamat untuk iodin adalah 1100 mcg untuk orang dewasa , tahap iodin yang lebih tinggi dalam Vita Lea Iron adalah selamat dan berkesan untuk membekalkan keperluan iodin untuk semua wanita pada usia subur.


      Anda mungkin memerlukan set kehamilan ini. Klik pada gambar untuk info lanjut. 

SET KEHAMILAN

  

Saturday, January 13, 2018

Vita-Lea ® Iron Formula

Nutrien Penting untuk Kesihatan Optimum

Vita-Lea ® Iron Formula


Kod Produk: 10131 (120 tablet)

Menyokong kesihatan optimum. Nutrien penting untuk kesihatan dan kesejahteraan optimum.

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.*


Keistimewaan Shaklee

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®.


Fakta Nutrisi



KKLIU 0609/2017
MAL07081506XC


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.



Kenapa Shaklee?

Sentiasa SELAMAT
Sentiasa TERBUKTI
Sentiasa BERKESAN  


Kenapa SAYA? 
  
Merupakan pengedar bebas Shaklee yang sah dan aktif sejak 2014 dan mempunyai pengalaman dan ilmu  terhadap dunia suplemen.


Anda boleh terus menghubungi saya di talian telefon atau whatsapp 019-2604080 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA selepas membuat belian. 











SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...