Tuesday, September 27, 2016

House Meeting- Coaching Anak Baru


Sesi petang tadi.
.
Alhamdulillah selesai coaching petang tadi. Meeting kat rumah je..nama pun work at home  mum. Ma ada anak kecil, mak Shaklee (Umee Suziana) siap ada baby kembar lagi..macam ni lah kami. Insyaallah sikit masa lagi kita coaching kat luar pulak ye.

Minggu lepas dapat sms ni:

"Wsalam Tima ksh k.hasma sbb bgtau, akak nak tya cmner nak  brniaga..join shaklee ni..klu ada sale hujung mggu pn ok..dpt jdkn side income.."

Bila dapat SMS sebegitu, kita rasa bersemangat nak membantu dia buat bisness shaklee. Nak bagi dia rasa bonus macam kita rasa (selain untung runcit).

Mungkin bonus rm500 kecil bagi orang lain tetapi mana tau ia satu angka yang besar maknanya untuk dia. Mungkin rm500 tu dapat mengurangkan sedikit beban tanggungan nya. Mungkin boleh menambah peruntukan bulanan untuk ibu bapanya di kampung..dan mungkin juga boleh menambah peruntukan infaqnya pada agama...



Semoga usaha kecil dari team kami ada nilainya disisi Allah. Amin ya rabb..

#wahm
#promoESP
#promoVitC

Noor Hasma Hasan







Friday, September 23, 2016

ESP vs GI vs Kencing Manis


(Energy Soy Protein dan Glicemic Index -GI)

Esp mempunyai GI yang rendah iaitu 39.

Ini bermaksud ESP melepaskan tenaga secara perlahan.

ESP juga membuatkan kita terasa kenyang lebih lama.

ESP juga boleh membuatkan kita kurang makan.

Contoh makanan dan GI nya

Mengapa pentingnya untuk memahami konsep G.I?

(Dipetik dari Sususejat.com)

Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.

Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan yang manis?

Kesimpulannya ESP amat selamat untuk pesakit kencing manis.

#promoESP
#shakleebandarseriputra
#shakleetamanimpianputra

7 Bahan Mudah Untuk Sos Black Pepper Yang Sedap...

Sedap? Ke sedap? 

Sedap atau tak sedap ni sangat subjektif..macam cantik, comel, hensem dan seangkatan dengannya.

Bagi ma kalau anak-anak kata sedap kira ok la kan.

Kepada yang minta jom kita layan  5 cara mudah menghasilkan sos blackpepper. 

Sukatan semalam saya agak-agak je. Saya buat banyak sebab untuk stok sama.

Bahan-bahan:

Mentega
Bawang besar
Tepung gandum
Lada hitam
Serbuk cheezy sause
Susu
Cendawan kering


5 langkah mudah memasak sos.

Langkah 1

Tumiskan 3 biji bawang besar yang telah dicincang atau di dadukan kedalam butter yang telah dicairkan. Api jangan besar sangat. Slow-slow manja je. Kalau api besar butternya cepat garing.

Api slow je tau.

Saya pakai butter macam ni..tulisnya marjerin pula. So ikut kawan-kawan apa nak pakai asalkan adik beradik dia.





Langkah 2. 

Bila bawang dah garing kuning kuning gitu... Masukkan 3 sudu besar tepung gandum.

Api sama besar macam yang mula-mula tadi ye


Tepung akan jadi garing macam gitu. Kalau nak buat apa apa kuah yang perlu masukkan tepung, macam kuah sweet sour, tipsnya tumis tepung sekali dengan bawang ye...rasa macam sedap sikit buat gini.


Langkah 3

Masukkan 2 atau 3 cawan air kosong dalam gorengan bawang dan tepung tadi.

Kacau dan kacau sampai air dan tepungnya sebati macam gambar atas tu.


Langkah 4 dan seterusnya.....

Masukkan 1 sudu besar lada hitam (ikut kepedasan yang kawan-kawan suka) yang dah hancur, kicap dan tepung cheezy, dan susu kedalam kuali.

Lada hitam tu saya cuci dalam penapis tu lepas tu tumbuk dalam tu terus.. Hi hi..nak cepat


Bila da buh lada hitam hancur kuahnya jadi macam gitu


Masukkan kicap dan serbuk cheeseeee...


Kacau-kacau sampai lah sebati.



Serbuk cheese macam tu.



Masukkan segelas susu, nak pakai fresh milk boleh, low fat milk pun boleh...
Saya pakai susu tepung Hilmi je..bancuh dulu ya.




Masukkan cendawan kering yang ini alternatiif je.

Cendawan ni kalau tak suka tak perlu masuk. Tapi saya suka sebab ada aroma dia. Sos dia jadi ala ala sos mee yee mee sizzling..


    Yummy....


Last sekali masukkan garam sesedap rasa..gula tak perlu masukkan dah sebab dah rasa manis bawang merah....

masa ni saya ubah suai apa yang kurang. 

Kuahnya macam kurang jadi saya bancuh tepung gandum sikit lagi untuk banyakkan kuahnya.

Bila dah tambah air dan bancuhan tepung warna jadi agak pudar. Maka saya pun tambah la kicap sikit lagi..

Tadaaaaa.... Inilah hasilnya. Itu lah serba sedikit bahan dan ceritanya...

Entry yang biasa-biasa sahaja. Semoga ada manfaat untuk yang berkenaan.

Selamat mencuba semua....senang je.

Tuesday, September 20, 2016

5 Fungsi ESP Untuk Ibu Hamil

5 FUNGSI ESP UNTUK IBU HAMIL

Kelmarin packing 5 tong ESP.

Ada juga packing ESP untuk ibu hamil.

hari ni nak share sikit pasal 5 FUNGSI ESP UNTUK IBU HAMIL..

🌸 ESP membekal tenaga segera untuk Ibu hamil Dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk Ibu kekal bertenaga Dan mengurangkan kelebihan Ibu hamil.

🌸 ESP membekalkan Asid Amino penting untuk membentuk otot bayi.

🌸 ESP membantu kulit Ibu lebih halus dan mengurangkan stretch mark.

🌸 ESP membekalkan protin penting untuk perkembangan otak bayi.

🌸 Selain itu kadar GI (glisemik index) ESP adalah rendah iaitu 39 bermaksud ia sesuai untuk ibu hamil bagi mengelakkan terkena kencing manis semasa hamil. Bila minum ESP perut jadi kenyang dan keinginan memakan makanan yang pelbagai jadi kurang.

Secara keseluruhannya dari perkongsian dan pengalaman ibu hamil yang memgambil ESP sepanjang kehamilan memberi maklum balas positif berkenaan ESP...👶

Selamat ke ESP ni??? Dah tentu la selamat sebab ianya di buat dari soya non-GMO (soya yang tidak diubah secara genetik).

1 tong ESP di hasilkan daripada 30kg soya non GMO.

Sebenarnya ESP ni sesuai je untuk semua orang. Tua,muda, kecik, besar lelaki dan perempuan,ibu hamil,ibu menyusu.....

.............. Apalagi mai ESP setong.

Harga jimat semasa promosi.

#promoESP
#shakleebandarseriputra
#shakleetamanimpianputra

Beranak Kembar...

Alhamdulillah semalm baru lepas daftar anak kembar.

Alang alang berdaftar order sekali barang Shaklee:

B complek-untuk tenaga dan anti stress
Alfalfa-untuk detox
Herbal blend-krim serba guna
Vitalea iron-multivitamin+multimineral
Omegaguard- minyak ikan omega 3

Kenapa saya pilih untuk bisnes Shaklee?

Salah satu sebabnya ia sangat 'Online friendly' sangat sesuai untuk saya yang ber anak ramai ini. 

Order online
Daftar online
Coaching dan kelas pun online
Nak pos pula abam kurrier amik dirumah..

Macam senang jee.. Macam senang jee... Susah nya pun ada juga...apa pun alhamdulillah.

#shakleebandarseriputra
#shakleebandarseriputra

Friday, September 9, 2016

Cerita Abah di Pagi Jumaat




Di pagi yang dingin dek hujan renyai, suasana agak kelam kabut..(dalam hati masih tenang)...

...sedang saya menyiapkan kain abah untuk bersolat, bergegas pula melihat Nabil ke siap kesekolah...

Selesai Ayahnye bawah Nabil pergi ke bas, abah dah siap solat, abah di bawa naik katil untuk pakaikan pampers. Sedang siap-siap tukar buka kain solat dan tukar kain biasa abah bersuara dan kami berbual. 

Panjang juga berbicara pagi ini...biasanya senyap saja...di akhir perbicaraan abah meminta maaf dengan denganku..yang abah marah marah tu abah minta maaf. Kami pun bermaafan.

Agak terkesima sekejap saya ketika itu..abah memang agak cengey jadi macam peliklah sikit pagi ni...ya abah dah semakin uzur..

Bila potong kuku tangan abah ku terlihat kuku tangan abah yang tebal...tuanya kukunya seiring usia teringat pula abah suap saya nasi lauk kari sembilang suatu masa dulu.

Bila potong kuku kaki abah yang tebal ternampak kakinya yang sangat kasar dan agak mengelupas...

Bila potong rambut abah ternampak kuping kuping di kepala abahnya...

Banyak benda tak sempat buat untuk jaga abah elok elok.

Semoga mak abah maafkan kesalahan kami. Kami pun selalu juga melawan cakap abah.. Hi hi.

Ok stop dulu nak siap siap bawa balik mak abah ke kampung untuk raya haji...anak anak sub sikit ke mak sedaranya..

#balikkampung
#m
SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...