Sunday, March 8, 2015

Menggerai dan Cek Kesihatan

(Irfan anak Ummi)
 
 
Peristiwa pagi tadi..dah lama tak menggerai mencari dana. Sebelum tu kita minum ESP dulu.
 
Sambil2 menggerai cek kesihatan ummi, level of stress ummi (resultnya ummi bebas stress), screening irfan (ada ciri2 dyslexia lepas ni kena followup pakar) dll...
 
Alhamdulillah sejak amik Shaklee taraf kesihatan semakin sihat. Kena jogging atau berjalan lagi sebab peratus lemak dalam badan 34%.. peratus yang ok 30% kebawah..senaman khusus utk buang lemak bahagian tertentu pun kena buat ju...gak..haa kan..kalau tak pergi cek kita tak tahu keadaan badan kita. Kulit elok dan kurus tu kira bonus..yang dititikberatkan adalah taraf kesihatan..sihat rohani dan jasmani...
 
Para ibu, sayangilah diri anda.
 
 
 
Jom layan gambo..
 
Buah-buahan dan Mosya Coco antara yang terlaris.
 
 
Hilmi sampai tertido. Nasib baik tak meragam.
 
 
 
Ketua gerai hari ini Pn Hani (tengah potong buah)
 
 
 



 
Berat saya 61.5kg. Daripada keseluruhan berat badan 21.3kg adalah berat lemak sahaja.. WOW!!! beratnya lemak saya. Peratus lemak adalah 34.6%. Peratus lemak yang bagus adalah 30% kebawah. Saya dinasihatkan untuk bristwalk atau jogging yang konsisten selama 30 minit 3 kali seminggu. Di samping itu saya perlu membuat senaman khusus untuk membuang lemak dibahagian tertentu seperti perut dan paha.
 
 

Saturday, March 7, 2015

Parenting Course - 16 Tips Ibubapa dan Anak Soleh

[Parenting Course] 16 tips ibubapa dan anak soleh.

 
 

1. Prisipalnya anak2 dilahirkan suci. Nak atau tak nak ibu bapa mesti bertanggungjawab dengan anaknya. Anak nak dengar atau tak mahu dengar, kita penat atau letih bercakap...mcm mana pun kena didik dan asuh jugak..itu amanah akan disoal mati esok.
 
2. Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.
 
3. Ajar dan bantu anak utk memilih yang baik dan anak perlu bertanggungjawab atas pilihannya.
 
4. Kita tak boleh buat anak jadi baik hanya Allah yang boleh buat anak jadi baik cuma kita mesti mempengaruhi anak menjadi baik.
 
5. Bila anak bergaduh kita jgn marah sama. Biasa utk short cut parent akan marah..sebaliknya pujuk dan beri penyelesaian dgn cara baik tapi yang cara ini akan ambil masa. Sabar.. Kita tidak marah tapi kita tidak membiarkan anak itu.( susahkan)..jihad jugak tu..
 
6. Jgn membezakan antara anak2. Anak2 semua ada perbezaan sendiri..
 
7. Bagi ganjaran utk anak yg buat baik. Manusia akan digerakkann dgn ganjaran. Ganjaran anak2 ikut apa yg dia suka.
 
8. Apa2 mesej yang dianggap seronok akan meningkatkan kemungkinan mesej itu diterima. Apa2 mesej yg dianggap beban akan membuatkan mesej itu di tolak...eg nak minta anak tolong cuci pinggan cakap..jom2 tolong umi cuci pinggan...bessst cuci pinggan..seronok..tolong umi....( bukan cakap...nafis basuh pinggan!!) Gitu2 lah.
 
9. Jadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
 
10. Ibubapa perlu tegas tanpa kekerasan.
 
11. Ucap terima kasih pada kebaikan yg anak buat.
 
12. Fahami masalah yg dihadapai anak 2dan hargai usaha utk berubah..budaya kita kurang memberi ruang dan peluang utk berubah.
 
13. Tanam dalam diri anak cinta pada Allah dan rasul dan pilih untuk laksana tanggungjawab sbg khalifah Allah.
 
14. Bentuk ganjaran: Puji,pandang anak bila anak cakap,bagi anak hadiah dalam bentuk suprise bukan rasuah.
 
5. Ganjaran dari bapa sgt2 bermakna dari anak...sekali bapa bagi mcm 10 kali mak bagi.
 
16. Terang bukan leter pada anak..
Jgn buat:Nabil. berapa kali mak nak bagi tahu ni..asyik2 kena ingatkan je..kalau keluar bilik tutup lampu...ini buat tak tahu je keluar.


Cakap begini: Nabil. Tolong tutup lampu.

 
 
Ok dah habis bersambug dikursus akan dating.
terima kasih pada yang berusaha kak
Hanani Saman dan pn Sabirah Mohd Nor

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...