Friday, March 30, 2018

ESP - Soy Protein Isolate Powder


ESP - 'Soy Protein Isolate Powder'

Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protin Tumbuhan

Kod Produk;11003 (850 g=30 hidangan, 1 hidangan=28g)



Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama. Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein ESP dengan mempertingkatkan stamina anda. Ini adalah protin soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Protin adalah seperti blok yang membina tubuh kita, ia seperti batu bata yang membina rumah. Ia memainkan peranan penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bagi setiap fungsi tubuh. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*

Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.


KeISTIMEWAAN Shaklee

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.


Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.




Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. 

Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil,membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.*

GI untuk ESP adalah 39 (rendah)

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Anda berminat membeli ESP? sila klik 'di sini'

Kenapa Shaklee?


Sentiasa SELAMAT
Sentiasa TERBUKTI
Sentiasa BERKESAN  

Kenapa SAYA? 

  
Merupakan pengedar bebas Shaklee yang sah dan aktif sejak 2014 dan mempunyai pengalaman dan ilmu yang lebih mendalam terhadap dunia suplemen.


Anda boleh terus menghubungi saya di talian telefon atau whatsapp 019-2604080 untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi PERCUMA selepas membuat belian.

6 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Menghitung Kalori.


Menurunkan berat badan dengan mengira kalori agak sukar bagi Ma. Sebagai pilihan Ma berusaha untuk mengikut 6 cara dibawah:


Memilih karbohidrat kompleks. Ia bermaksud memilih makanan yang memberi tenaga dalam masa yang sama memberi serat, vitamin dan mineral. Contohnya seperti pelbagai jenis bijirin (oat,barli,beras perang), pelbagai jenis kekacang (kacang merah/ ‘kidney beans’,kacang kuda, dal, peas) ,pelbagai buah-buahan (pisang, epal, anggur, oren), pelbagai sayur-sayuran (Sawi, brokoli, bunga kobis) serta roti ‘wholemeal’



f

Ambil 'real food' Hindari 'processed food' (makanan proses). Makanan proses adalah makanan yang bukan dalam bentuk asal. Contohnya seperti nugget ayam dan sosej ayam, ia bukan dari ayam yang asal tetapi dari ayam yang diproses dan dicampur bahan-bahan lain. Contoh lain makananan proses seperti roti putih serta ‘bun’, kek, aiskrim, segala macam kuih-muih, serta pelbagai mee, biskut dan lain-lain lagi. gambar di atas contoh 'real food'. 




Dahulukan makan sayur-sayuran. Memakan fiber atau serat terlebih dahulu akan mengurangkan rasa lapar kerana ia lambat untuk dihadamkan. Sayur hijau antara sayur yang rendah kalori juga.




(mohon sedekah Al-Fatihah serta doa untuk arwah ayahanda yang dikasihi)

Fokus ketika makan. Tidak melakukan lain-lain perkara sehingga menganggu focus ketika makan seperti membaca surat khabar, bermain ‘handphone’ serta melihat TV. Perhatikan rupa makanan dan baunya membantu untuk cepat kenyang. Makan perlahan-lahan serta habiskan kunyahan jika mahu berbual dengan sesiapa.


Ambil protin dan lemak baik. Protin dan lemak baik membantu merasa cepat kenyang dan lambat lapar. Antara contoh protin yang bagus seperti telur rebus dan soya dan lemak baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan minyak ikan. 




Minum air putih/ air kosong. Kadang-kadang badan agak keliru samaada rasa lapar atau dahaga. Kalau terasa lapar sebelum waktu makan, minum sahaja air kosong.



* Klik 'di sini' untuk melihat protin kegemaran saya.
* Klik 'di sini' untuk melihat lemak baik kegemaran saya.


Saturday, March 24, 2018

YOUTH COMPLEX : Mempercepatkan Pembaharuan Sel Kulit


Rahsia untuk mengecapi kulit yang cantik, kelihatan-muda adalah dengan mempercepatkan pembaharuan sel kulit kepada kadar yang lebih cepat. Kulit yang muda melakukannya dengan mudah. Ia akan memperbaharu pada kadar yang optimum dan menghasilkan semua kolagen dan elastin yang kita perlukan untuk kulit yang lembut, gebu serta berseri.


Tetapi dengan meningkatnya usia kita, keserian itu akan hilang. Pembaharuan sel kita akan menjadi perlahan dan kolagen dan elastin yang dihasilkan akan berkurangan.


Berbeza dari produk penjagaan kulit yang lain, teknologi canggih Shaklee bukan sahaja menangani penuaan di permukaan, malah ia bertindak pada sel kulit anda.


Ini bermakna yang kami tidak hanya menyediakan manfaat perlindungan dan pembaikan, kami juga menyokong fungsi penting sel yang dapat memulihkan keremajaan dan seri wajah.


Mengandungi 10 kali ganda kepekatan YOUTH Complex yang dalam proses paten, Youth Activating Serum semestinya produk yang diperlukan dalam koleksi YOUTH.

Wednesday, March 7, 2018

YOUTH™ : KUASA BOTANIKAL

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTH diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda, kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

MUSCADINE GRAPE



Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

LOTUS JAPONICUS



YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

APPLE STEM CELL EXTRACT



Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT



Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

VITAL REPAIR+® COMPLEX



Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.


Maklumat lanjut berkenaan YOUTH™ boleh klik "di sini"



PENJAGAAN KULIT YOUTH™ KEKAL MUDA, JELITA



Selama lebih daripada 60 tahun, pihak syarikat tidak pernah berhenti membantu anda untuk Hidup Lebih Muda, Lebih Lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, kami menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu anda Kekal Muda, Jelita.

Dalam usaha kami untuk menghasilkan revolusi YOUTH Complex, kami telah menemui sesuatu yang menakjubkan.

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia – mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan di dalam diri.

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri.

Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda tentu akan menghargainya.

Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH™ bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda. Sememangnya menakjubkan.

Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia memandang anda semuda anda melihat diri anda.

MEMADAMKAN SEDEKAD PENUAAN

Kami tahu bahawa YOUTH Complex akan mengubah bagaimana anda melihat diri sendiri, tetapi bagaimana kami buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda?


Dibangunkan secara klinikal oleh pakarpakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.



KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI




2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH.






Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.



AKHIRNYA, DENGAN PENJAGAAN KULIT YOUTH, ANDA AKAN KELIHATAN MUDA SEPERTI ANDA RASAINYA DARI DALAM.



YOUTH™ menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal – memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

Indeks Usia Kulit

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

KEDUTAN KULIT • SAIZ PORI • TONA KULIT • KEANJALAN • TEKSTUR KULIT • HIPERPIGMENTASI • SERI KULIT • KEKENDURAN 
  
Kami telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.
Temui rahsia kecantikan sejati.
SENARAI 1,500 BAHAN YANG KAMI TIDAK GUNAKAN DALAM FORMULASI ADALAH TERLALU PANJANG UNTUK DISENARAIKAN. INILAH SEBAHAGIAN DARIPADANYA:
auril Sulfat/Laureth Sulfat • Pewangi Sintetik • Paraben • Pengawet Formaldehid • Resorsinol • Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum • Biji mikro (Plastik Mikro) • EDTA • Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)• Benzofenon • Phthalates • Cyclosilicone • Sebatian ammonium kuartener • Quaternium-15 • Hydroquinone • Pewarna Sintetik • Bahan-bahan dari haiwan • Lanolin • Propylene glycol • Logam Berat • Merkuri • Perak & Garam • Garam Barium • Pelarut • Toluene • Bahan Dorong Chlorofluorocarbon • Sebatian berfluorin • Tar Arang • Talkum Gandum (Gluten)


YOUTH:
• 100% vegan • Bahan semulajadi • Bebas kekejaman • Hipoalergenik • Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori) • Diuji oleh ahli dermatologi • Diuji oleh ahli oftalmologi 

Berminat dengan Set Permulaan Youth? Sila klik "Set Permulaan Youth".


Set Permulaan YOUTH™

YOUTH™ Starter Set

Kod Produk: 00P326

Set penjagaan kulit yang mudah dan ringkas untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit anda untuk mengekalkan keremajaan.


LUMINOUS GEL OIL CLEANSER



3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten, polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.


Bahan-bahan Utama

Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan


PERFECTING SKIN TONER


Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.


Bahan-bahan Utama

Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang meremajakan.


AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50


Bukan sahaja melindungi kulit anda dari sinaran matahari, malah lebih dari itu. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama

SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract  


ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT


Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur. 

Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama

Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

Berminat dengan Set Permulaan ini? sila tekan "Beli Sekarang" seperti dibawah.



Kenapa Shaklee?

Sentiasa SELAMAT
Sentiasa TERBUKTI
Sentiasa BERKESAN  

Kenapa SAYA? 

Merupakan pengedar bebas Shaklee yang sah dan aktif sejak 2014 dan mempunyai pengalaman terhadap dunia suplemen.


Anda boleh terus menghubungi saya di talian telefon 019-2604080 atau tekan link ini http://hasmashaklee.wasap.my/ untuk sebarang order atau pertanyaan serta konsultasi PERCUMA selepas membuat belian. 



SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...