Thursday, September 3, 2015

3 Kelebihan ESP untuk Menambah Kesuburan dan Hamil

Assalamualaikum semua..
Hasma nak share sikit pasal salah satu KELEBIHAN ESP untuk menambah kesuburan dan seterusnya kehamilan. Insya Allah atas izin Allah.

Bagaimana ESP membantu...


 * ESP Shaklee mengandungi isoflavones yang mempunyai fungsi yang sama dengan Clomid (pil hormon) iaitu bahan yang digunakan dalam perubatan untuk merangsang kesuburan.

Walaupun fungsi yang sama untuk merangsang hormon, tetapi ESP Shaklee berbeza kerana ianya diambil daripada bahan semulajadi. ESP Shaklee juga diproses secara terbaik bagi mengekalkan isoflavones dan menjalani ujian makmal dalam prosesnya.

Bagaimana ESP membantu...

* ESP Shaklee membantu dalam meningkatkan sel-sel badan dan asid amino yang membentuk protein. Jadi sel badan yang terhasil lebih sihat. Bila sihat secara tidak langsung boleh meningkat kebarangkalian untuk hamil


Bagaimana ESP membantu...

* ESP Shaklee merupakan protein terbaik jadi menghasilkan sel-sel badan yang lebih sihat. Kebaikkannya untuk mereka yang ingin hamil:

- Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.
- Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna.
- ESP membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang
- Menyokong kesihatan prostat (lelaki)
- Memberikan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan dan meningkatkan tahap kesihatan berada pada tahap optimum.

Kepada pasangan yang berusaha untuk hamil boleh Cuba ESP Dan gabungan supplement Shaklee yang lain seperti GLA Complex, Zinc Complex Dan Vitamin E.

 WA saya Di 0192604080 untuk perbincangan lanjut.

#shakleetamanimpianputra

#shakleebandarseriputra

#setsubur

#hamil


Sunday, March 8, 2015

Menggerai dan Cek Kesihatan

(Irfan anak Ummi)
 
 
Peristiwa pagi tadi..dah lama tak menggerai mencari dana. Sebelum tu kita minum ESP dulu.
 
Sambil2 menggerai cek kesihatan ummi, level of stress ummi (resultnya ummi bebas stress), screening irfan (ada ciri2 dyslexia lepas ni kena followup pakar) dll...
 
Alhamdulillah sejak amik Shaklee taraf kesihatan semakin sihat. Kena jogging atau berjalan lagi sebab peratus lemak dalam badan 34%.. peratus yang ok 30% kebawah..senaman khusus utk buang lemak bahagian tertentu pun kena buat ju...gak..haa kan..kalau tak pergi cek kita tak tahu keadaan badan kita. Kulit elok dan kurus tu kira bonus..yang dititikberatkan adalah taraf kesihatan..sihat rohani dan jasmani...
 
Para ibu, sayangilah diri anda.
 
 
 
Jom layan gambo..
 
Buah-buahan dan Mosya Coco antara yang terlaris.
 
 
Hilmi sampai tertido. Nasib baik tak meragam.
 
 
 
Ketua gerai hari ini Pn Hani (tengah potong buah)
 
 
 



 
Berat saya 61.5kg. Daripada keseluruhan berat badan 21.3kg adalah berat lemak sahaja.. WOW!!! beratnya lemak saya. Peratus lemak adalah 34.6%. Peratus lemak yang bagus adalah 30% kebawah. Saya dinasihatkan untuk bristwalk atau jogging yang konsisten selama 30 minit 3 kali seminggu. Di samping itu saya perlu membuat senaman khusus untuk membuang lemak dibahagian tertentu seperti perut dan paha.
 
 

Saturday, March 7, 2015

Parenting Course - 16 Tips Ibubapa dan Anak Soleh

[Parenting Course] 16 tips ibubapa dan anak soleh.

 
 

1. Prisipalnya anak2 dilahirkan suci. Nak atau tak nak ibu bapa mesti bertanggungjawab dengan anaknya. Anak nak dengar atau tak mahu dengar, kita penat atau letih bercakap...mcm mana pun kena didik dan asuh jugak..itu amanah akan disoal mati esok.
 
2. Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.
 
3. Ajar dan bantu anak utk memilih yang baik dan anak perlu bertanggungjawab atas pilihannya.
 
4. Kita tak boleh buat anak jadi baik hanya Allah yang boleh buat anak jadi baik cuma kita mesti mempengaruhi anak menjadi baik.
 
5. Bila anak bergaduh kita jgn marah sama. Biasa utk short cut parent akan marah..sebaliknya pujuk dan beri penyelesaian dgn cara baik tapi yang cara ini akan ambil masa. Sabar.. Kita tidak marah tapi kita tidak membiarkan anak itu.( susahkan)..jihad jugak tu..
 
6. Jgn membezakan antara anak2. Anak2 semua ada perbezaan sendiri..
 
7. Bagi ganjaran utk anak yg buat baik. Manusia akan digerakkann dgn ganjaran. Ganjaran anak2 ikut apa yg dia suka.
 
8. Apa2 mesej yang dianggap seronok akan meningkatkan kemungkinan mesej itu diterima. Apa2 mesej yg dianggap beban akan membuatkan mesej itu di tolak...eg nak minta anak tolong cuci pinggan cakap..jom2 tolong umi cuci pinggan...bessst cuci pinggan..seronok..tolong umi....( bukan cakap...nafis basuh pinggan!!) Gitu2 lah.
 
9. Jadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
 
10. Ibubapa perlu tegas tanpa kekerasan.
 
11. Ucap terima kasih pada kebaikan yg anak buat.
 
12. Fahami masalah yg dihadapai anak 2dan hargai usaha utk berubah..budaya kita kurang memberi ruang dan peluang utk berubah.
 
13. Tanam dalam diri anak cinta pada Allah dan rasul dan pilih untuk laksana tanggungjawab sbg khalifah Allah.
 
14. Bentuk ganjaran: Puji,pandang anak bila anak cakap,bagi anak hadiah dalam bentuk suprise bukan rasuah.
 
5. Ganjaran dari bapa sgt2 bermakna dari anak...sekali bapa bagi mcm 10 kali mak bagi.
 
16. Terang bukan leter pada anak..
Jgn buat:Nabil. berapa kali mak nak bagi tahu ni..asyik2 kena ingatkan je..kalau keluar bilik tutup lampu...ini buat tak tahu je keluar.


Cakap begini: Nabil. Tolong tutup lampu.

 
 
Ok dah habis bersambug dikursus akan dating.
terima kasih pada yang berusaha kak
Hanani Saman dan pn Sabirah Mohd Nor

Thursday, February 12, 2015

Khasiat Segelas Susu Tinggi Kalsium Pada Harga 50 Sen..

 
 
Assalamualaikum semua..hari ni lambat sikit bersiaran..pagi tadi pos set tulang dan sendi utk mak sahabat lama...Oste + AJHT.
 
*Oste tu pil kalsium. Sebiji oste sama dengan segelas susu yg ada kalasium tinggi..sehari badan kita perlu 4 gelas susu utk kalsium.

 *Org muda perlu kalsium utk bina tulang yg kuat..bila umur 30 keatas kepadatan tulang menurun..dan perlu kalsium utk elak osteoporisis...
Minum susu kalsium tinggi pun boleh.....

Saya belum study 1 tin susu tepung kalsium tinggi boleh berapa cawan susu dan berapa harga..
Kalau sebotol oste ada 120 biji = 120 gelas susu tinggi kalsium..Harga rm61..
 Itulah sebabnya saya katakan khasiat segelas susu tinggi Kalsium pada harga 50 sen..bukan hanya ada kalsium malahan magnesium, fosforus dan lain lain lagi.

 *ibu menyusu mcm saya lagi perlu kalsium untuk salur ke Hilmi sama..
 
OK Mari kita lihat Maklumat dan Fakta berkenaan Ostematrix Shaklee:
 
 
 
 
 

Wednesday, January 28, 2015

Minum Air Hotel Tanpa Ragu. Insyaallah.


Kenapa saya kata minum air hotel tanpa ragu?

Kisah begini..2 minggu lepas saya bermalam di sebuah hotel di KL. Kebetulan di sebelah malamnya suami ada kelas di situ. Bekalan air minum yg kami bawa sudah habis maklum la pakat2 minum. Saya dengan anak yang 5 ini amat amatlah menghadapai kesukaran utk mendapatkan bekalan air, yg budak2 ni bising dah nak air..nak masak air yg ditadah di bilik air hotel sangat la geli dengan mcm2 cerita.. Akhirnya masak jugaklah sikit doa banyak2...

Perkara sebegini selalu saya hadapi sebelum2 ni. Kadang2 bawak banyak dah air tu..budak2 ni tuang air dalam cawan tumpah pulak..mmm mcm2 ragam sementara nak besar..apa pun kita enjoy.....dah jadi mcm ni baru teringat water pitcher Shaklee punya boleh tapis dan minum terus tanpa ragu..
Sebab itu la saya kata minum air hotel tanpa ragu. 

Saya suka sebab senang bawa kemana2 sebab ianya macam jug air biasa.
Boleh guna untuk semasa bercuti di hotel ka apartment ka..bawa balik kampung pun boleh..kemana2 saja..jimat pun jimat dari beli air mineral kat luar.

Harga??? Rm460.. Kini saya buat sistem kutu selama 4 bulan..jadinya sebulan RM115 sahaja...sangat2 berpatutan..Batch pertama kutu sudah penuh walaupun belum dilancarkan dionline hanya pada jiran dan kawan2...

Jom!! Apa tunggu lagi..dapatkan air yg selamat diminum dimana jua anda berada..

Ciri-ciri Get Clean Water seperti dibawah selamat membaca...

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

AIR yang lebih bersih dan sihat ataupun BUMI yang lebih bersih dah sihat? Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
---------------------------------------------------------
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!
-------------------
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
-----------------------------------

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan METER BIJAK yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

 Meter menunjukkan penuras perlu ditukar  

Meter menunjukkan penuras masih boleh digunakan 
SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...