Saturday, October 25, 2014

Get Clean Home Care by Shaklee - Basic H

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Best pagi2 mop lantai dengan air campuran dengan Basic H.

Bau Basic H tidaklah sewangi pencuci lantai yang lain tetapi apa yang penting ianya tidak bertoksid dan natural sesuai dengan baby Hilmi yang baru belajar merangkak. Sekarang dia tengah menyulur. Basic H sangat pekat dengan ini ia amat menjimatkan. Dengan pekatan sebanyak 473ml ia boleh mengahasilkan 48 gelen air bancuhan Basih H. Alah membeli menang memakaikan? Dengan ciri-ciri biodegradable sudah semestinya ia bersifat mesra alam.

Basic H juga boleh digunakan untuk mencuci tiles, meja, stainless steel, cermin dan tingkap. Ia juga boleh menghilangkan grease di oven, mikrowave dan stove.

Selamat mencuci rumah dengan Basic H

Thursday, October 23, 2014

Kualiti Kulit Bertambah Baik Dengan Collagen Shaklee



 
Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum..
 
Malam ni Hasma nak cerita berkenaan testimoni dari customer Collagen Shaklee Hasma iaitu Pn Noor (50 tahun).
 
Setelah sebulan meminum Collagen beliau merasa perubahan pada kulit muka beliau. Kulitnya terasa lebih licin dari sebelum ini. Walaubagaimanapun kesan jeragat masih lagi kelihatan.

Selain dari itu muka Pn Noor kelihatan kurang berminyak dan lembab serta kemerah-merahan. Kedutan dibahagian muka dan batang hidungnya juga berkurangan. Liang pori dibahagian pipi dan hidung Pn. Noor juga semakin mengecil. Ketika mengambil wudhuk beliau merasakan kulit mukanya semakin licin dan gebu.
 
Selain kelihatan cantik Pn Noor mendapat bonus badan yang segar dan kesihatan yang optimum. Beliau sangat gembira dan teruja dengan perubahan ini.

Selepas ini Pn Noor bercadang untuk mengambil vivix pula disamping meneruskan collagen untuk menjaga kesihatan dalaman. Sebagai penjawat awam yang berusia 50 tahun, beliau merasakan kesihatan dalaman amat penting untuk sentiasa aktif, produktif dan positif. Dan katanya yang paling penting katanya untuk suami tersayang.
 
Secara keseluruhan Pn Noor amat berpuashati dengan Collagen Shaklee. Terima kasih Pn Noor.
 
 

Monday, October 20, 2014

PEGANG ANJING, HUKUMNYA JELAS. DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN YANG SALAH


Isu pegang anjing yang heboh sehari dua ini bukan sekadar dibincangkan dari sudut hukum atau dari sudut fiqh, tetapi lebih dari itu ia perlu dibincangkan dari sudut pemikiran moden yang berkembang dalam kalangan generasi baru. Dari sudut fiqh, ada mazhab yang ketat dalam isu pegang anjing dan pula mazhab yang memberikan ruang dan kelonggaran seperti mazhab Hanafi. Ia sepatutnya tidak menjadi masalah yang besar kerana wujud kelonggaran dari sudut agama. Masalahnya ialah ia bercanggah dengan adat dan tradisi orang Melayu di negara ini yang berasa canggung dengan anjing. Ia dikukuhkan dengan mazhab fiqh orang Melayu yang berasaskan kepada mazhab kurang mesra dengan anjing. Kalau pegangpun, hanya perlu basuh sahaja bukanlah haram.
 
Dari sudut pemikiran, mengetengahkan isu pegang anjing merupakan suatu jenis pemikiran yang dinamakan sebagai post modernism iaitu pemikiran yang sentiasa mengkritik apa yang telah mapan atau yang sudah biasa diamalkan dalam masyarakat atau melakukan sesuatu menyanggah kebiasaan masyarakat. Ia menjadi trend semasa kepada generasi masa kini yang dipercayai atas alasan itu adalah hak mereka. Banyak aktiviti kehidupan generasi masa kini yang cuba menyalahi amalan kebiasaan pada masa lalu yang dianggap sebagai inovasi. Malah, menyanggahi amalan kebiasaan dalam sesetengah keadaan sangat digalakkan atas nama inovasi. Memang tidak semua sanggahan terhadap tradisi itu haram melainkan sekiranya menyanggah perkara yang diwajibkan di dalam agama.
 
Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti. Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu. Namun, bagi seorang pluralis dan liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka. Maka, menyanggahi tradisi termasuk agama adalah suatu keperluan. Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism.
 
Isu pegang anjing merupakan suatu usaha yang halus yang boleh dikaitkan dengan usaha untuk meruntuhkan pegangan umat Islam terhadap tradisi, termasuklah agama. Setakat ini, pegang anjing bukanlah suatu isu penting yang perlu diangkat sebagai bahan perbincangan oleh umat Islam. Banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian oleh orang Islam seperti isu akidah, isu arak dan sebagainya. Tetapi ia diangkat sebagai isu yang penting dipercayai mempunyai agenda yang tertentu dan sebahagian dari kempen besar contestation dalam “politik baru” yang ingin dibawa masuk ke dalam negara ini. Kali ini mungkin pegang anjing, mungkin akan datang lain pula isunya.
Saidina Ali berkata: kata-kata yang betul, tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.
 
Nota - Post modern adalah asas kepada Islam liberal dan post Islamism. Mereka suka mengkritik walaupun perkara yang tetap di dalam Islam

Pesanan Terakhir Pesakit Leukimia - Mari Bertahajjud



Pagi tadi Hasma medapat berita berita sedih tentang senior sekolah saya pergi buat selama-lamanya bertemu Yang Maha Esa. Berita ini disampaikan oleh sahabat Hasma Faizatul Hasliyanti Ghazali. Sebelum meninggal dunia Allahyarham sempat meninggalkan nukilan terakhir kepada kawan -kawannya.

Farid Wajidi Ariffin
"Bicara bicara terakhir dari aku...
Kawan2... izinkan saya menulis perkara2 terakhir sebelum aku pergi bertemu dgnNya. Ini bukanlah nasihat, atau bicara agama, aku bukannya seorang ustaz utk berkelayakan utk menyampaikan amanah atau pesanan agama kepada tuan2.... sekadar bercerita pengalaman2 diri sendiri dan fahaman aku sendiri tentang hala tuju hidup kita sebagai muslim tatkala aku menghampiri panggilan sakara. Please take note that, "fahaman aku sendiri", so sudah tentu banyak kesalahan, tuan2 betulkan sekiranya ada kesalahan.
 
Izinkan aku berbicara begini memenuhi wall2 facebook tuan2, sehinggalah aku tak berdaya lagi utk berbicara atau sehingga malaikat datang menyapa aku nanti... bukanlah bermaksud aku berputus asa dari rahmatnya, hidup dan mati di tangan Allah, aku akan terus berjuang demi Ilahi, tapi aku harus juga bersiap sedia utk menghadapi tanda2 sakara yang sekali sekala datang menegur dan menyapa dan semakin hari semakin dekat aku rasa...
 
Pagi ini aku nak bicara sedikit tentang tahajjud, Tuan2, tatkala kita sihat kita selalu mengambil sikap lewa terhadap solat tahajjud. Bangunlah malam2 sahabat2 ku sekelian, kekadang malaikat datang menegur tuan2, tuan pun membuka mata, akibat daripada sikap malas bukan sebab tak sihat, maka kita sambung tidur semula. Tuan2, bukan sekadar jadi pada tuan2, jadi jugak pada diri aku ketika aku sihat. Sekarang bila sakit, berderau airmata tatkala ingin mengambil wuduk melakukan solat tahajjud, tapi diri tidak berdaya kerana kuantiti darah yg amat sedikit dalam badan aku, nak angkat kepala pun sakit, kadang2 darah keluar dari hidung dan mulut, aku menjawab sapaan malaikat yang datang menggerak aku utk tahajjud dgn derauan airmata kerana aku tak MAMPU, maka aku menggunakan rukhsah yg Allah bagi dgn bertayammum, aku cuba tunaikan juga walaupun terpaksa baring di atas katil. Tuan2.... tunaikanlah solat tahajjud ketika tuan2 sihat, tak sama rasa bila tuan2 mampu menyucikan diri dgn wuduk dan berdiri dan meletakkan kepala sujud pada Allah pada malam hari berbanding solat di atas katil dgn bertayammum, percayalah tuan2... jangan tunggu sehingga sakit seperti aku datang menyapa....
 
"... Sebenarnya, kalau kita terjaga pada tengah malam, ia adalah satu anugerah daripada Allah. Allah lah yang telah mengirimkan malaikatNya utk mengejutkan kita bangun beribadat, sujud padaNya, Jadi sebagai tanda berterima kasih, paling malas pun, pintalah apa2 doa walaupun sedikit kepada Allah. Kemudian tidurlah. Sekiranya kita sedar, kemudian terus sambung tanpa mengucapkan apa2 seperti beristighfar dan bertahmid, kemudian malam kedua dan ketiga pun begitu juga, kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejut kita...". Petikan dari "BICARA INI DEMI ILAHI" oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
wallahua'lam."
 
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Semoga arwah dalam keampunan dan Rahmat Allah. Al-Fatihah..
 
 

Shaklee Adalah Pilihan Vitamin Anda

Di bawah ini Hasma senaraikan Vitamin Shaklee berserta khasiat, harga dan kuantitinya..Selamat membaca.

B-complex(dengan asid folik)
menigkatkan fungsi otak
mengawal stress
 
 
 























Mealshakes



Rasa vanilla yang sedap. Anak2 saya suka minum. Yang 4 tahun(Husna) masuk 1 skop dalam botol susu..yang abang2nya bancuh dalam cawan je. Sehari 1 skop sahaja.Husna dan abang2nya jarang selsema kalau kena selsema pun cepat baik. Selera makan memang bertambah. Sampai raya haji baru ni mak sedara dia kata tak kenyang2 k...a budak2 ni.

Antara kebaikan Mealshake:
* Untuk anak yang kurang selera makan, kerap demam dan selsem
*Untuk anak yang sembelit, athma,eczema
*Untuk pelajar yang letih dan kurang perhatian dlm pelajaran
*Untuk menambah berat badan
*Rasa vanilla yang sedap.
*Untuk anak berumur 1 tahun ke atas.

" Insyaallah kita hanya berusaha yang terbaik"

PM/WA/SMS saya: 0192604080 untuk sebarang pertanyaan lanjut. Terima kasih
 

Saturday, October 18, 2014

Berak Puas Dengan Alfalfa



Testimoni Alfalfa
**************

Suami saya telah mengambil Alfalfa Complex selama sebulan. Beliau memberitahu saya “buang air besar lawas dan badan pun rasa ringan selepas makan Alfalfa”. Sebelum ini dia mengalami sembelit dan berasa kurang puas ketika membuang. Kalau masuk tandas, akan mengambil masa yang lama kerana berasa kurang puas. Tetapi, Alhamdulillah setelah mengambil Alfalfa seper...
ti yang disyorkan, beberapa hari sahaja terdapat kesannya yang sungguh baik.

Memang buang air besar lawas sangat rapat dengan kesihatan kerana sembelit akan menyebabkan toksin dan bahan buangan tidak dapat dinyahkan. Ini adalah sejajar dengan doa yang dibaca selepas keluar tandas yang bermaksud “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dari aku penyakit dan menyihatkan aku”.

Ini bermakna membuang air besar yang normal dapat membuang penyakit, manakala sebaliknya akan mengundang masalah kepada kesihatan.

 
Sekian Terima Kasih
 
 


SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...