Monday, January 16, 2017

3 Keistimewaan Produk Shaklee



1) Produk yang sentiasa selamat.

Shaklee menjamin keselamatan kepada penggunanya. Ia dimulakan dengan alam semulajadi. Para saintis mencari di seluruh dunia untuk mendapatkan sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. 

Seterusnya ia menajalankan lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru. Ujian yang dijalankan adalah memastikan samaada bahan tersebut mengandungi logam berat, racun serangga, atau bahan cemar berbahaya yang lain.



Selanjutnya Shaklee telah menjalankan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.

2) Produk yang sentiasa berkesan

Shaklee mempunyai bukti saintifik berkenaan keberkesanannya. Shaklee telah menerbitkan jernal penyelidikan saintifik. Ini telah menunjukkan komitmen Shaklee dalam penyelidikan dan pembangunan produk untuk mastikan keberkesanannya.


Di dalam kajian landmark pada 2007, yang di jalankan dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam UC Berkeley menunjukkan bahawa individu yang mengambil supplimen Shaklee mempunyai kesihatan yang ketara lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin tunggal atau tidak mengambil supplemen langsung.

Antara pengalaman-pengalaman oleh Shaklee


Shaklee juga pilihan para atlit.


Untuk ketahanan badan.



3)Produk yang sentiasa mesra alam.

Dr Forest C. Shaklee menubuhkan syarikat Shaklee berdasarkan pada prinsip Hidup Berharmoni dengan Alam Semulajadi. 

Shaklee ada syarikat pertama dunia yang menjadi Climate Neutral yang telah disahkan untuk benar-benar mengimbangi perlepasan karbon terhadap alam sekitar.

Ibu pejabat dunia syarikat Shaklee pemenang anugerah bagi reka bentuk alam sekitar.


Shaklee merupakan syarikat perintis dalam mencipta pembersih biodegradable yang tidak bertoksid


Ciri-ciri mesra alam sekitar bagi produk Shaklee ada seperti di bawah:

Tiada perasa tiruan
Tiada pemanis tiruan
Tiada pewarna tiruan
Tiada lemak trans
Tiada bendasing tersembunyi
Tiada ujian terhadap haiwan
Tiada peluntur klorin

Sebagai tambahan Produk Shaklee juga telah mendapat status Halal dari badan yang dipertanggungjawabkan.


Misi Shaklee adalah memberi kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik.

Shaklee mengeluarkan produk semulajadi yang begitu luar biasa. Apabila memilih Shaklee, kalian perlu tahu tiga keistimewaan di atas berkenaan produk Shaklee.

Boleh WA saya 019 2604080 untuk mendapatkan produk Shaklee.











Friday, January 13, 2017

Ada Apa Dengan Shaklee?

Selamat petang semua...

Amboi pakat seronok ye sahabat yang kerja ofis..maklum lah petang Jumaat, esoknya cuti macam-macam plan nak di buat..ok tak pe sila kan rasa seronok, sebab Ma pun pernah merasa nikmatnya petang Jumaat itu..

Petang-petang ni nak bercerita sikit apa yang Ma dapat dengan Shaklee.

First and foremost mestilah Ma suka sebab bila ada sale dapat untung runcit dan bonus. Boleh buat macam-macam tau. Orang meniaga mesti lah nak untungkannnn...

Walaupun begitu, kusangka panas hingga ke petang rupanya Allah nak bagi pelangi di tengahari.

Selain matlamat nak cari duit, rupa-rupanya terdapat banyak nilai-nilai lain yang tersembunyi Ma dapat di sebalik jalan ini.

Pada mulanya Ma mendapat aura positif dalam menghadapi hari-hari sebagai suri rumah. Ye lah dah biasa kerja tiba-tiba berhenti, lain macam juga rasanya. Keadaan menguruskan sendiri 5 anak kecil tidak semudah seperti yang di sangka, perlu ilmu juga untuk semua ini. Akhirnya 6 bulan selepas berhenti kerja mula berkenalan dengan kelaurga Shaklee, alhamdulillah hasil sharing dari mak shaklee dan sahabat seperjuangan yang lain, dah mula dapat positifkan diri.

Seterusnya Ma merasakan sesuatu yang menarik dalam ukhuwwah keluarga Shaklee ini. Bukan sekadar berkongsi berkenaan matlamat perniagaan malah sehingga ke tips tips kekeluargaan, mendidik anak serta pengurusan rumahtangga. Di samping itu juga terjalin kembali ukhuwwah dengan sahabat-sahabat lama yang agak menyepi.

Segala ilmu kebanyakannya di kongsi secara online atas sebab kami semua berjauhan, jadi agak mudah untuk Ma yang tak berapa pandai drive jauh-jauh. Hanya sekali sekala kami bertemu muka. Kami saling lengkap melengkapi. Yang jatuh di tarik bangun, yang lambat di tarik supaya cepat, yang merangkak  dipimpin untuk berjalan, yang lebih ilmu sharing untuk yang kurang, yang berpengalaman bantu yang yang baru. Begitulah sebagainya. Begini lah kami umpama sebuah bangunan saling memerlukan dan berfungsi setiap sisi.

Selain itu nilai tambahan bila dah berShaklee ni,kita di latih pengurusan harian supaya berjadual serta tambahan amalan rohani. Mula-mula rasa terpaksa lama-kelamaan ikhlas itu datang. Jika terasa malas ada sahabat kejutkan supaya rajin. Kalau terlupa ada pula yang memperingati. Sememangnya berubah kearah kebaikan itu mudah tetapi mengekalkan kebaikan itu memang sukar.

Selebihnya yang terakhir untuk entry ini kesihatan anak-anak dan keluarga Ma bertambah baik. Ada kesedaran untuk menjaga pemakanan. Pada mulanya semasa Husna kecil sering keluar masuk hospital selepas selalu terkena athma, alhamdulillah setelah minum mealshake imunnya bertambaha kuat. Anak-anak yang lain pun kurang  mendapat sakit. Insyaallah kita mencuba yang terbaik, selebihnya urusan Allah. Dengan makan suppliment Shaklee alhamdulillah membantu suami Ma juga dalam urusan kerjanya untuk agama.

Wah dah panjang...bercerita ceriti kita petang ini. Cukup dulu setakat ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca...

'carilah harta sebanyak dunia,tetapi jangan letak dunia di hati kita'

(pesanan untuk diri sendiri)

#bangkitshaklee
#shakleetamanimpianputra
#shakleebandarseriputra

Tuesday, January 3, 2017

HARI PERTAMA SEKOLAH


Assalamualaikum dan selamat pagi untuk sahabat blog ummi.

Hari ini hari pertama persekolahan..akhirnya pukul 10 lebih tadi Husna mau juga masuk kelas. Alhamdulillah ala kulli hal.



Hari pertama juga Nabil di sekolah baru. Baru satu hari Nabil masuk asrama...ummi belum sempat demam rindu lagi sebab kalut dengan rumah dan adik-adik. Sekadar tersasul panggil Nafis dengan nama Nabil ada lah..Nafis insyaallah akan ambil alih tugas Nabil di rumah..semoga Nabil sentiasa dalam jagaan Allah.

Husna macam dah ok dalam kelas, syukur...ummi pun nak balik rumah, sebab nak urus anak spesial ummi Si Irfan nak masuk sekolah petang pula. Perlu jumpa dengan cikgu Irfan berkenaan keperluan khas Irfan (Irfan sudah dapat kad OKU). 

Begitulah cerita mak-mak suri rumah ni, nampak macam tak sibuk je kan..tak kerja duduk di rumah je...nak pula suri rumah yang 'berkerja' memang tak menang tangan.

Ummi pun dah lama benar tak masuk 'opis' secara rasminya. Bulan ni promo Vivix. Nak kena ulangkaji pasal tonik ajaib ni..semalam ada sahabat booking 2 botol Vivix promo ni, ada juga yang dengar nak beli 7 botol terus.. Bila dah ramai yang berminat, ummi pun kena plan sesuatu ni..tunggu ye ummi sharing pasal Tonik ajaib Vivix ni. Ok juga bila berniaga at least otak kira 'berjalan' juga.(terapi juga setelah penat buat kerja rumah)

Terbebel panjang la pula...

ok lah out dulu...semoga kita diberi tubuh badan yang sihat untuk ibadah dan kerja kerja seharian.

Ceria ceria sokmo deh...

#promoVivix
#gegarVivix
#shakleebandarseriputra
#shakleetamanimpianputra
SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...