Thursday, June 11, 2020

Omega-3 untuk Kesihatan Sendi

Kekal Aktif dengan Omega-3





Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan anda memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat, dan melakukan perkara lain yang anda ingin lakukan. 

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

Berita baik! Omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti:

Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses normal untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi, bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.1

Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi menjadikan ia menjadi merah, bengkak dan sakit.

Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:

  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan1 (tulang rawan menjadi 'haus') seterusnya mengakibatkan kesakitan pada sendi.
  • Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan.2

Membantu mengurangkan kekejangan, bengkak dan sakit sendi.

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.

Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega-3 juga:


  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi. 4
  • Menyokong pergerakan sendi yang selesa.
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.



Jika anda inginkan pergerakan yang selesa dan lancar, pertimbangkan pengambilan asid lemak Omega-3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda.



Anda mungkin berminat dengan sumber minyak ikan yang berkualiti tinggi, asli dan bebas dari bahan cemar (seperti merkuri, plumbum). Sila klik gambar untuk info lanjut.




Rujukan:

1. James M, Proudman S, Cleland L. Fish oil and rheumatoid arthritis: past, present and future. Proc Nutr Soc. 2010 Aug;69(3):316-23. PMID: 20509981.

2. Artemis P. Simopoulos. Omega 3 fatty acids in inflammation and autoimmune diseases. Journal of the American College of Nutrition, Vol. 21, No. 6, 495–505 (2002)

3. Volker D et al, Efficacy of fish oil concentrate in the treatment of rheumatoid arthritis, J Rheumatol. 2000 Oct;27(10):2343-6.

4. Moghaddami M et al, Synovial fluid and plasma n3 long chain polyunsaturated fatty acids in patients with inflammatory arthritis. Prostaglandins Leukot Essent Fatty Acids. 2015 Jun;97:7-12

Saturday, June 6, 2020

B Complex



B-Complex (120 kapsul / 120 hidangan)
Kod Produk: 10164

Saranan penggunaan:

Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan.

VITAMIN

ALAMI SEMULA NIKMAT KESIHATAN. NUTRIEN YANG BETUL MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK KESELURUHAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN.

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*


B-COMPLEX SHAKLEE MEMBEKALKAN KESEMUA LAPAN (8) VITAMIN B YANG SEIMBANG UNTUK MENGUATKAN TUBUH ANDA, MELENGKAPI JURANG NUTRISI VITAMIN B.


Vitamin B12, Thiamin, Asid Pantotenik, Vitamin B6, Riboflavin, Niacin, Folat, Biotin

MEMBEKALKAN KUANTITI ASID FOLIK DAN BIOTIN CUKUP, SESUAI UNTUK TUBUH YANG SIHAT.

Keistimewaan Shaklee


Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten


Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.


Fakta Nutrisi


Ramuan Setiap Tablet B Complex

Tiamin Mononitrat - 9.73 mg
(Menyediakan 7.73 mg Vitamin B1)

Riboflavin - 11.81 mg
(Menyediakan 11.57 mg Vitamin B2)

Niasiamida - 134.60 mg
(Menyediakan 132.58 mg Niacin)

Piridoksin Hidroklorida - 16.71 mg
(Menyediakan 13.57 mg Vitamin B6)

Asid Folik - 0.19 mg
(Menyediakan 184.30 mcg Asid Folik)

Sinokobalamin - 3.04 mg
(Menyediakan 30.40 mcg Vitamin B12)

Biotin - 14.99 mg
(Menyediakan 150.00 mcg Biotin)

Kalsium D-Pantotenat - 76.40 mg
(Menyediakan 70.30 mg Asid Pantotenik & 6.10 mg Kalsium)



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.


KKLIU 2155/2019 
MAL12035068NCZ



SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...