Wednesday, March 7, 2018

PENJAGAAN KULIT YOUTH™ KEKAL MUDA, JELITA



Selama lebih daripada 60 tahun, pihak syarikat tidak pernah berhenti membantu anda untuk Hidup Lebih Muda, Lebih Lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, kami menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu anda Kekal Muda, Jelita.

Dalam usaha kami untuk menghasilkan revolusi YOUTH Complex, kami telah menemui sesuatu yang menakjubkan.

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia – mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan di dalam diri.

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri.

Untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda tentu akan menghargainya.

Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH™ bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda. Sememangnya menakjubkan.

Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia memandang anda semuda anda melihat diri anda.

MEMADAMKAN SEDEKAD PENUAAN

Kami tahu bahawa YOUTH Complex akan mengubah bagaimana anda melihat diri sendiri, tetapi bagaimana kami buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda?


Dibangunkan secara klinikal oleh pakarpakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.



KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI




2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH.






Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.



AKHIRNYA, DENGAN PENJAGAAN KULIT YOUTH, ANDA AKAN KELIHATAN MUDA SEPERTI ANDA RASAINYA DARI DALAM.



YOUTH™ menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal – memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

Indeks Usia Kulit

Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.

KEDUTAN KULIT • SAIZ PORI • TONA KULIT • KEANJALAN • TEKSTUR KULIT • HIPERPIGMENTASI • SERI KULIT • KEKENDURAN 
  
Kami telah buktikan yang anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Kami sentiasa mengutamakan Bumi – kami adalah syarikat yang pertama dalam dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada planet kita.
Temui rahsia kecantikan sejati.
SENARAI 1,500 BAHAN YANG KAMI TIDAK GUNAKAN DALAM FORMULASI ADALAH TERLALU PANJANG UNTUK DISENARAIKAN. INILAH SEBAHAGIAN DARIPADANYA:
auril Sulfat/Laureth Sulfat • Pewangi Sintetik • Paraben • Pengawet Formaldehid • Resorsinol • Minyak Mineral/Paraffin/Petrolatum • Biji mikro (Plastik Mikro) • EDTA • Ethanolamines (MEA/DEA/TEA)• Benzofenon • Phthalates • Cyclosilicone • Sebatian ammonium kuartener • Quaternium-15 • Hydroquinone • Pewarna Sintetik • Bahan-bahan dari haiwan • Lanolin • Propylene glycol • Logam Berat • Merkuri • Perak & Garam • Garam Barium • Pelarut • Toluene • Bahan Dorong Chlorofluorocarbon • Sebatian berfluorin • Tar Arang • Talkum Gandum (Gluten)


YOUTH:
• 100% vegan • Bahan semulajadi • Bebas kekejaman • Hipoalergenik • Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori) • Diuji oleh ahli dermatologi • Diuji oleh ahli oftalmologi 

Berminat dengan Set Permulaan Youth? Sila klik "Set Permulaan Youth".


1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
    Find your way nba매니아 around the casino, find where everything https://septcasino.com/review/merit-casino/ is kadangpintar located with the most up-to-date information about Harrah's Cherokee 메이피로출장마사지 Casino & Hotel https://febcasino.com/review/merit-casino/ in Cherokee, NC.

    ReplyDelete

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...