Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Ma nak kongsi berkenaan dengan kesihatan sel dan POLIFENOL.
Setiap hari kita berhadapan dengan keadaan yang menyebabkan penuaan sel badan
Setiap hari kita berhadapan dengan keadaan yang menyebabkan penuaan sel badan
Antara tanda-tanda yang menunjukkan sel tidak sihat adalah:
- Badan mengalami keletihan yang melampau.
- Kulit menjadi kedut dan kusam serta tidak bermaya.
- Badan sering sakit dan tidak sihat.
- Minda yang lemah.
- Berat badan bertambah.
Apabila mengalami tanda-tanda seperti di atas, ini menyebabkan penghasilan sel-sel baru menjadi perlahan, bilangan sel baru yang sedikit dan sel baru yang lemah.
Dalam masa yang lama, sel-sel sedia ada mengalami kerosakan, keradangan dan kemusnahan sel dengan cepat.
Mari kita lihat apa yang menyebabkan sel kita tidak sihat?
Antara sebab-sebabnya adalah:
- Kerap terdedah kepada sinaran matahari.
- Sering mengalami tekanan.
- Keadaan pencemaran alam sekitar yang semakin meruncing.
- Diet pemakanan seharian yang tidak seimbang.
- Gaya hidup yang tidak sihat dan jarang melakukan senaman.
Bagaimana untuk sihatkan sel?
POLIFENOL membantu untuk menyihatkan sel.
Apakah yang dimaksudkan dengan POLIFENOL?
POLIFENOL adalah sejenis antioksidan yang kuat. POLIFENOL terdapat pada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Ia memberi warna sambil melindungi tumbuh-tumbuhan dari serangan penyakit dan jangkitan.
Bagaimana POLIFENOL 'bekerja' dalam membantu memelihara sel badan manusia?
- Membantu melindungi dan memperbaiki DNA yang rosak.
- Merangsang prestasi sel dan melambatkan pembentukan AGE protein.
- Meningkatkan tenaga sel dan memperbaharui sel.
- Membantu memperbaiki kesihatan telomere.
Dimanakah POLIFENOL boleh didapati?
POLIFENOL boleh didapati dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti buah ceri, beri, anggur, delima, epal, minyak zaitun, teh dan sebagainya.
Tahukah anda?
POLIFENOL paling banyak dijumpai dalam tumbuhan berwarna gelap seperti anggur dan elderberry, jumlahnya tinggi di dalam biji dan kulit buah.
PERANAN POLIFENOL DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN KESIHATAN MANUSIA.
POLIFENOL membantu mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat.
Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang kita makan, serta berapa efektif badan kita menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel kita. Semakin sihat tahap glukosa kita, semakin rendah risiko kita mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis.
Tahap glukosa darah bergantung pada jenis dan jumlah makanan yang kita makan, serta berapa efektif badan kita menghasilkan dan menggunakan insulin yang mengangkut glukosa ke dalam sel kita. Semakin sihat tahap glukosa kita, semakin rendah risiko kita mengalami penyakit metabolik seperti kencing manis.
Kajian klinikal terkini menunjukkan POLIFENOL mungkin mempunyai potensi untuk mengekalkan tahap glukosa yang sihat dengan:
- Mengawalatur penyerapan glukosa.
- Meningkatkan kepekaan insulin.
- Merangsang rembesan insulin
- Meningkatkan proses penguraian insulin.
POLIFENOL juga membantu meningkatkan kesihatan dan seri kulit.
Tahukah anda?
Kulit kita boleh menghasilkan kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati setiap hari dan mewujudkan lapisan kulit baru setiap 28 hari.
Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Kita wanita boleh memilikinya dengan bantuan POLIFENOL, salah satu nutrien penting bagi kulit untuk menyokong pengeluaran kolagen bagi menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur serta menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya dapat memiliki kulit yang sempurna tanpa cela.
Kajian klinikal terkini menunjukkan POLIFENOL mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan:
- Melindungi kulit dari kerosakan UV
- Mengurangkan penuaan pramatang pembentukan kedutan.
- Menyokong pembentukan kolagen.
- Membantu menegang dan memudakan kulit.
POLIFENOL menggalakkan fungsi jantung yang sihat
POLIFENOL memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan kita, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas termasuk menggalakkan fungsi jantung yang sihat.
Tahukah anda?
Secara purata, jantung kita berdegup 80 kali seminit, 4,800 kali sejam dan 115,200 kali sehari.
Oleh itu, jantung merupakan organ badan yang paling kuat bekerja. Maka jantung berhak mendapat perlindungan dan penjagaan yang terbaik.
POLIFENOL menggalakkan fungsi jantung yang sihat. Ia bertindak sebagai antioksidan yang sangat bagus dan bermanfaat dalam mengekalkan fungsi jantung yang sihat.
Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa POLIFENOL membantu dan menggalakkan fungsi jantung yang sihat dengan cara:
- Membantu mengurangkan keradangan salur darah (Polifenol tinggi antioksidan).
- Membantu menyihatkan saluran darah.
- Membantu menstabilkan tekanan darah.
- Membantu mengekalkan pembekuan platlet darah yang sihat.
No comments:
Post a Comment