Thursday, January 11, 2018

4 MANFAAT DAN KELEBIHAN OMEGA 3

Asid Lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan:




Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut ( yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung):

•   Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah. 1,2
•   Meningkatkan pengaliran darah. 1,2
•   Mengekalkan degupan jantung yang sihat.




Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu. Peranannya kepada ibu hamil adalah seperti dibawah:

•   Membantu meningkatkan perkembangan otak dan fungsi imun.
•   Membantu menstabilkan kesihatan ibu dan emosi selepas bersalin.
•   Meningkatkan perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin. 9
•   DHA adalah komponen  utama retina - penting untuk perkembangan                 penglihatan yang sihat  bagi bayi. 10
•   DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran        dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak. 10
•   Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. 11
•  Menyokong tempoh kehamilan yang normal dan berat kelahiran bayi yang          sihat.





Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA. EPA dan DHA telah dikaji untuk:

•   Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.3
•   Kesan positif kepada perasaan 4, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan         perhatian.5
•   Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan                  permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti               Alzheimer dan demensia/nyanyuk.
  




Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:

•  Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
• Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan,             bengkak dan kesakitan.
• Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi         yang kerap berlaku     dalam artritis. 7,8
• Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi- sendi yang berkeriut serta sakit bergerak      dengan lancar.7,8


Selain itu, Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon. Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Berminat untuk info lanjut berkenaan minyak ikan berkualiti tinggi dan tulen?
Sila klik pada gambar dibawah.







Rujukan:
1.   Balk EM, Lichtenstein AH, Chung M, Kupelnick B, Chew P, Lau J. Effects of omega-3 fatty acids on serum markers of cardiovascular disease risk: a systematic review. 2006 Nov;189(1):19-30.

2.   Jensen CD, et al. Plasma Lipids on Three Levels of Fish Oil Intake in Healthy Human Subjects. Nutr Rep Int, 1988. 38(1): p. 165-172.

3.   Tanaka K, Farooqui AA, Siddiqi NJ, Alhomida AS, Ong W-Y. Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 2012;20(2):152-157.

4.   Giles GE, Mahoney CR, Kanarek RB. Omega-3 fatty acids influence mood in healthy and depressed individuals. Nutr Rev. 2013 Nov;71(11):727-41.

5.   Uauy R, Dangour AD. Nutrition in brain development and aging: role of essential fatty acids. Nutr Rev. 2006 May;64(5 Pt 2):S24-33.

6.   study Chih-Chiang Chiu, Kuan-Pin Su, Tsung-Chi Cheng, Hsing-Cheng Liu, Ching-Jui Chang, Michael E. Dewey, Robert Stewart, Shih-Yi Huang. The effects of omega-3 fatty acids monotherapy in Alzheimer’s disease and mild cognitive 

   impairment: A preliminary randomized double-blind placebo-controlled. Progress in Neuro-sychopharmacology & Biological Psychiatry 32 (2008) 1538–1544.

7.   Lopez HL. Nutritional interventions to prevent and treat osteoarthritis. Part I: focus on fatty acids and macronutrients. PM R. 2012 May;4(5 Suppl):S145-54.

8.   Miles EA, Calder PC. Influence of marine n-3 polyunsaturated fatty acids on immune function and a systematic review of their effects on clinical outcomes in rheumatoid arthritis. Br J Nutr. 2012 Jun;107 Suppl 2:S171-84.

9.   Dunstan JA1, Simmer K, Dixon G, Prescott SL.Cognitive assessment of children at age 2(1/2) years after maternal fish oil supplementation in pregnancy: a randomized control trial Arch Dis Child Fetal Neonatal Ed. 2008 Jan;93(1):F45-50.

10.   Rogers LK, Valentine CJ, Keim SA. DHA supplementation: current implications in pregnancy and childhood. Pharmacol Res. 2013 Apr;70(1):13-9.

11.   Krauss-Etschmann, Hartl D, Rzehak P, Heinrich J, Shadid R, Del Carmen Ramírez-Tortosa M, Campoy C, Pardillo S, Schendel DJ, Decsi T, Demmelmair H, Koletzko BV. Decreased cord blood IL-4, IL-13, and CCR4 and increased TGF-beta 

   levels after fish oil supplementation of pregnant woman.



No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...