Tuesday, October 9, 2018

7 MANFAAT LUAR BIASA MINERAL ZINK

7 MANFAAT LUAR BIASA ZINK

Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Tidak kira apa juga gelarannya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat kesihatan.



Meningkatkan Kesihatan Imun


Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.

• Memendekkan tempoh selesema.1
• Memberi sokongan imun2 dan mengaktifkan sel-sel imun3 supaya mereka berfungsi secara optimum.




Rambut kuat dan berkilau

Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.

• Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut
yang lebih sihat.4
• Meningkatkan pertumbuhan rambut.4




Kulit cantik dan berseri


Sifat anti keradangan zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih
sihat.
• Merawat jerawat dan melegakan radang kulit5 untuk kulit yang sihat berseri.




Permulaan Sihat, Keluarga Sihat

Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan
sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.
Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan
hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal,6 untuk membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penempelan.
Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.7




Meningkatkan Memori dan Pembelajaran


Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink
tertinggi.
• Meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat
yang lebih cekap.8
• Melindungi saraf dan tisu otak.9





Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda.
• Meningkatkan prestasi sukan.10
• Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.11




Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka.
• Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit.12
• Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka.12
• Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.13



Rujukan:
1. Singh, M., & Das, R. R. (2011). Zinc for the common cold. Cochrane Database Syst Rev, 2.
2. Prasad, A. S. (2008). Zinc in human health: effect of zinc on immune cells. Molecular medicine, 14(5-6), 353.
3. Kaltenberg, J., Plum, L. M., Ober‐Blöbaum, J. L., Hönscheid, A., Rink, L., & Haase, H. (2010). Zinc signals promote IL‐2‐dependent proliferation of T cells. European journal of immunology, 40(5), 1496-1503.
4. Park, H., Kim, C. W., Kim, S. S., & Park, C. W. (2009). The therapeutic effect and the changed serum zinc level after zinc supplementation in alopecia areata patients who had a low serum zinc level. Annals of dermatology, 21(2), 142-146.
5. Michaelsson, G., Juhlin, L., & Vahlquist, A. (1977). Effects of oral zinc and vitamin A in acne. Archives of dermatology, 113(1), 31-36.
6. Menezo Y, Pluntz L, Chouteau J, Gurgan T, Demirol A, et al. (2011). Zinc concentrations in serum and follicular fluid during ovarian stimulation and expression of Zn2+ transporters in human oocytes and cumulus cells. Reproductive
Biomedicine Online 22: 647-652
7. Zhao, J., Dong, X., Hu, X., Long, Z et al. (2016) Zinc levels in seminal plasma and their correlation with male infertility: A systematic review and meta-analysis. Sci. Rep. 6, 22386; doi: 10.1038/srep22386
8. Pan, E., Zhang, X. A., Huang, Z., Krezel, A., Zhao, M., Tinberg, C. E., ... & McNamara, J. O. (2011). Vesicular zinc promotes presynaptic and inhibits postsynaptic long-term potentiation of mossy fiber-CA3 synapse. Neuron, 71(6), 1116-1126.
9. Kumar V, Kumar A, Singh SK, Tripathi SK, Kumar D, et al. (2016). Zinc Deficiency and Its Effect on the Brain: An Update. Int J Mol Genet and Gene Ther, 1(1).
10. Kilic, M., Baltaci, A. K., Gunay, M., Gökbel, H., Okudan, N., & Cicioglu, I. (2006). The effect of exhaustion exercise on thyroid hormones and testosterone levels of elite athletes receiving oral zinc. Neuro endocrinology letters, 27(1-2), 247-252.
11. Krotkiewski, M., Gudmundsson, M., Backström, P., & Mandroukas, K. (1982). Zinc and muscle strength and endurance. Acta Physiologica Scandinavica, 116(3), 309-311.
12. Andrews, M., & Gallagher-Allred, C. (1999). The role of zinc in wound healing. Advances in Skin & Wound Care, 12(3), 137.
13. Sallit, J. (2012). Rationale for zinc supplementation in older adults with wounds. Annals of Long-Term Care: Clinical Care and Aging, 20(1):39-41.


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk yang mengandungi Zink boleh klik di sini 

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...