Anda Kekurangan Kalsium? Kenali simpton atau tanda-tandanya.
Umum mengetahui kepentingan kalsium untuk tubuh, namun, tidak ramai yang sedar bahawa dirinya sedang kekurangan kalsium. Kita mungkin terasa masih sihat tetapi sebenarnya kekurangan kalsium. Kenalinya menerusi beberapa simptom seperti:
- Otot krem dan terasa kejang
- Jantung rasa seperti berdebar-debar
- Sukar untuk tidur
- Sakit Sendi
- Mudah sakit gigi
- Kuku mudah patah
- Kebas kaki dan tangan
Apabila kita mempunyai simptom di atas, sedarlah bahawa kita kemungkinan berada pada tahap kalsium yang tidak cukup. Kalsium yang cukup dalam darah ini membantu fungsi saraf dan fungsi jantung kita dalam keadaan baik.
Cukupkah Kalsium Kita ?
SETIAP ORANG MEMERLUKAN puratanya 1000mg KALSIUM SEHARI. Namun, tidak semua orang sempat untuk menikmati
juadah makanan sedemikian untuk menampung 1000mg sehari. Kita mungkin kurang gemar
atau tidak konsisten untuk minum susu, makan cheese, yogurt dan lain-lain.
Begitu juga, wanita terdedah
kepada Osteoporisis iaitu tulang menjadi rapuh dan rapuh dari kehilangan tisu,
biasanya akibat daripada perubahan hormon, atau kekurangan kalsium atau vitamin
D.
Berapa gelas susu perlu di minum
sehari?
Saya tidak pasti kerana ia bergantung kepada berapa kandungan kalsium yang ada dalam gelas tersebut (Kebiasaannya 4 gelas susu).
Saya tidak pasti kerana ia bergantung kepada berapa kandungan kalsium yang ada dalam gelas tersebut (Kebiasaannya 4 gelas susu).
Fakta tentang Kalsium
Dari keseluruhan 100%
kalsium yang terdapat dalam tubuh kita, 99% kalsium berada pada tulang dan gigi
kita dan hanya 1% sahaja kalsium yang berada di dalam darah. Walaupun hanya 1%
sahaja, tetapi peranannya sangat penting
pada tubuh kita kerana darah beredar ke seluruh badan.
Setiap hari kita memerlukan kepada 1000mg kalsium. Berikut adalah rajah yang menunjukkan keperluan kalsium mengikut peringkat umur.
Keperluan kalsium mengikut peringkat umur |
Setiap 100ml darah memerlukan 10mg kalsium. Jika kalsium dalam darah kurang dari 10mg, sistem badan akan bertindak menyelaras
semula kalsium supaya naik semula ke 10mg bagi setiap 100ml darah.
Penyelarasan ini dilakukan dengan 3 cara:
Penyelarasan ini dilakukan dengan 3 cara:
1) Kalsium diambil dari darah
Sistem badan akan mendapat kalsium dari darah.
Kalau masih tidak mencukupi,
kalsium akan diambil dari sumber makanan.
2) Dari sumber pemakanan
Sistem badan akan mengambil zat
kalsium dari makanan yang dimakan seharian seperti dari susu, cheese, yogurt
dan lain-lain. Mungkin sumber ini tidak mencukupi kerana ramai tidak rajin mengambil
makanan dari produk tenusu dan lain-lain sumber kalsium.
Kalau masih tidak mencukupi
lagi, kalsium akan diambil dari tulang dan gigi.
3) Dari tulang dan gigi
Apabila diambil dari tulang
dan gigi dengan kadar yang banyak, ia boleh mengakibatkan kekurangan ketumpatan
tulang. Kesannya ialah gigi mudah rosak, badan jadi bongkok dan mudah terkena
penyakit Osteoporisis
Kita memerlukan diet yang
cukup untuk keperluan kalsium seharian, namun, tidak semua orang sempat untuk
menikmati juadah makanan sedemikian untuk menampung keperluan 1000mg kalsium sehari.
Perempuan terdedah
kepada Osteoporisis* ???
Ya... Ini adalah kerana, Perempuan datang haid, hamil dan bersalin. Sewaktu proses ini, banyak kalsium digunakan. Kalau kandungan kalsium di dalam darah dan dari pemakanan tidak mencukupi, ia akan di ambil dari tulang dan gigi. Jadi untuk mengelakkan osteoporis, kita perlu memastikan kalsium dari pemakanan kita mencukupi untuk megelakkan kalsium diambil dari tulang
* Osteoporisis = tulang menjadi rapuh dan rapuh dari kehilangan tisu, biasanya
akibat daripada perubahan hormon, atau kekurangan kalsium atau vitamin D
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
SETIAP ORANG MEMERLUKAN puratanya 1000mg KALSIUM SEHARI.
Ini bermakna dia perlu mengambil makanan yang tinggi kalsium seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Berapa gelas susu kena minum sehari saya tidak pasti kerana ia bergantung kepada berapa kandungan kalsium yang ada dalam gelas tersebut.
Ini bermakna dia perlu mengambil makanan yang tinggi kalsium seperti susu, keju, yogurt dan sebagainya. Berapa gelas susu kena minum sehari saya tidak pasti kerana ia bergantung kepada berapa kandungan kalsium yang ada dalam gelas tersebut.
Bagi memastikan kalsium yang dimakan dapat diserap dengan sempurna, kita perlu menngambil mineral yang lain seperti vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.
Kita Memerlukan Lebih Daripada Kalsium untuk Tulang Yang Kuat
Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
Boron - Membantu metabolisme tulang
Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang.
Berminat dengan sumber kalsium yang lebih berkualiti? sila klik 'di sini'
No comments:
Post a Comment