Alhamdulillah cuti sekolah yang lepas sempat makan durian di kampung. Terima kasih Atok, terima kasih arwah Tok Wan (Al_Fatihah untuk Tok Wan), tanam durian bagi anak, menantu dan cucu-cucu makan. Semoga ada timbal balasnya diakhirat nanti.Amin.
Makan durian panas ke? kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap kalau nak hilangkan panas durian, minum air dari pangsa durian? Maksudnya masukkan air kosong dalam pangsa dan minum. Ma dan suami buat juga petua macam tu, tapi tidak pasti apa rasionalnya. Hi hi.
Ada juga dengar orang kata makan durian naik darah tinggi. Pasal ini Ma pernah baca kaitannya antara Durian dan darah tinggi.
Durian antara buah-buahan yang tinggi gula jenis fruktosa dan kurang serat.
Jika makan fruktosa secara berlebihan, maka gula dalam darah akan naik mencanak dan pankreas terpaksa bekerja keras menghasilkan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah. Jika proses peningkatan gula dan insulin secara mencanak ini sering berlaku maka akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
Jangan tidak tahu, selain garam gula pun boleh menyebabkan darah tinggi tau.
Apa yang lebih teruk lagi jika berlaku Rintangan Insulin (Insulin Resistance). Keadaan ini terjadi apabila insulin gagal membawa masuk gula dari darah ke dalam sel badan (untuk sel menggunakan gula sebagai tenaga atau tukarkan gula kepada tenaga), maka berlegar-legarlah gula di dalam darah sahaja dan gula tidak gunakan. Perkara ini akan membawa kepada Sindrom Metabolik atau Sindrom X.
Antara tanda Sindrom Metabolik yang senang dikenalpasti adalah ukur lilit pinggang. Secara amnya bagi individu normal, ukur lilit pinggang normal bagi lelaki adalah 90cm kebawah dan wanita adalah 80cm kebawah.
Terdapat makanan yang boleh membantu untuk mengurangkan kesan fruktosa ini, antaranya teh hijau, halia, makanan yang ada vitamin B6 serta makanan yang tinggi antioksidan (Resveratrol, Quercetin).
Noor Hasma Hasan
Alternatif sihat melalui nutrisi.
No comments:
Post a Comment