Friday, January 12, 2018

4 LANGKAH MENYOKONG KEHAMILAN SIHAT




Kehamilan

Kehamilan adalah pengalaman yang sangat istimewa dan unik bagi wanita. Inilah masanya wanita mempunyai pelbagai soalan dan kebimbangan mengenai apa yang baik untuk mereka serta bayi mereka yang sedang berkembang.

Sebenarnya, kehamilan yang sihat bermula sebelum wanita itu hamil lagi. Mempunyai berat badan yang ideal, pemakanan yang baik, badan yang 'fit' adalah target sebelum kehamilan sihat.

Penjagaan pranatal adalah seperti pemeriksaan bulanan yang teratur bermula dari awal kehamilan, pemakanan yang sihat, senaman yang kerap, mengawal berat badan dan penggabungan makanan tambahan.

Makanan tambahan adalah untuk membantu menangani sebarang jurang nutrien dan berpotensi untuk meningkatkan peluang kehamilan yang sihat. Berikut adalah petua penting untuk menyokong kehamilan yang sihat.

1) Diet

Sangat penting untuk makan makanan seimbang, memilih makanan daripada semua kumpulan makanan. Ini termasuk perbanyakan buah-buahan dan sayuran berwarna-warni untuk membekalkan pelbagai vitamin dan mineral, antioksidan, serta serat untuk menyokong fungsi usus yang sihat semasa hamil. 

Bijirin penuh adalah sumber tenaga, vitamin B, mineral, dan serat yang hebat, disyorkan untuk mengambil 3 hingga 5 hidangan setiap hari. Minimakan mengambil "tepung putih / gula putih", terutamanya jika anda perlu mengehadkan penambahan berat badan. 

Sumber protein termasuk daging merah, ayam, ikan, soya, kekacang dan putih telur, semuanya mengandungi protein berkualiti tinggi, menyediakan blok bangunan penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin. Tiga hidangan susu disyorkan untuk membekalkan kalsium, vitamin D dan protein untuk menyokong kesihatan tulang pada ibu dan bayi. Jika anda tidak mengambil tenusu, cari suplemen untuk membekalkan keperluan ini. 

Ikan seperti salmon dan ikan bilis mengandungi lemak omega-3 (terutama DHA) yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi. Elakkan jenis ikan yang mungkin tinggi dalam merkuri. Anda boleh mempertimbangkan suplemen DHA sebagai alternatif yang lebih selamat bagi pengganti ikan yang boleh menyebabkan ketoksikan neurologi akibat merkuri.

2) Berat badan

Penambahan berat optimum semasa kehamilan secara normal adalah dalam lingkungan 9-14 kilogram. Angka ini boleh berubah bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti berat badan pada awal kehamilan, jika anda hamil lebih daripada satu bayi, atau jika anda mempunyai masalah kesihatan lain. Bincang dengan doktor anda apa julat yang baik untuk anda. Jika anda mengehadkan kalori tambahan anda kepada kira-kira 300 kalori sehari (melebihi kalori biasa anda) ini biasanya akan menghasilkan kenaikan berat badan yang munasabah.

3) Senaman

Secara amnya, kebanyakan pakar obstetrik mengesyorkan untuk meneruskan senaman rutin yang dilakukan oleh wanita sebelum hamil, dengan besederhana dan munasabah. Senaman perlu diteruskan dan bukan masa untuk meningkatkan kadar senaman dan mungkin perlu diubah suai sepanjang kehamilan. 

Kegiatan seperti berjalan kaki, jogging ringan, yoga dan berenang digalakkan untuk membina ketahanan, mengurangkan sakit belakang, dan meningkatkan tenaga serta peredaran darah secara menyeluruh untuk ibu dan bayi. I

4) Makanan Tambahan

Walaupun diet yang sihat memainkan peranan yang penting, mengambil makanan tambahan prenatal boleh menjadi pilihan bijak kerana kita tahu bahawa kebanyakan orang dewasa mungkin tidak memenuhi keperluan pemakanan mereka melalui diet biasa mereka. Menambah vitamin-vitamin prenatal dirumus khas untuk menangani keperluan wanita hamil bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat adalah dicadangkan.

Antara vitamin yang dicadangkan ialah Iodin, seeloknya 200 mcg untuk menyokong perkembangan dan fungsi tiroid pada ibu dan bayi.

Selain itu, Folat (vitamin B9) atau asid folik sangat penting untuk perkembangan janin diperingkat awal dan untuk mencegah kecacatan tiub saraf. American College of Obstetrics & Gyynecology dan CDC mengesyorkan 800 mcg asid folik.

Seterusnya, Zat besi atau Iron merupakan satu lagi nutrien penting yang menjadi keutamaan kerana keperluan Zat Besi meningkat semasa mengandung untuk menyokong pengeluaran sel darah merah bagi kedua-dua ibu dan bayi. Kekurangan zat besi adalah perkara biasa pada wanita hamil kerana mereka tidak mengambil zat besi yang cukup daripada diet mereka. Zat Besi daripada sumber haiwan, seperti daging, lebih baik diserap daripada Zat Besi sumber tumbuhan, dan vitamin C meningkatkan penyerapan Zat Besi. Mengambil suplemen Zat Besi dan vitamin C boleh membantu mencegah kekurangan zat besi.

Akhirnya perlulah dipertimbangkan sekali suplemen minyak ikan yang tulen dan disaring untuk memberikan 200-300 mg DHA untuk menyokong perkembangan mata dan otak bayi.

Jadilah sihat dan nikmati proses ajaib ini.


Klik gambar untuk info lanjut Set Kehamilan Shaklee 


SET HAMIL SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...