POLIFENOL BERKESAN!
Polifenol adalah sekumpulan bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia berperanan memberi warna sambil melindungi tumbuhan tersebut dari penyakit. Polifenol memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan anda, melindungi sel-sel dalam tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas termasuk meningkatkan kesihatan dan seri kulit.
Tahukah Anda?
Kulit anda boleh menghasilkan kulit baru dengan menyingkirkan sel kulit mati setiap hari, mewujudkan lapisan baru kulit setiap 28 hari.
Memiliki kulit yang lembut, anjal, segar dan berseri adalah impian setiap wanita. Anda boleh milikinya dengan polifenol, salah satu nutrien penting bagi kulit untuk menyokong pengeluaran kolagen untuk menganjalkan kulit, menghalang kedutan dan kendur1, dan menggalakkan pembentukan tisu yang sihat supaya anda dapat menikmati kulit yang sempurna tanpa cela.
Kajian klinikal terkini menunjukkan polifenol mungkin mempunyai potensi untuk menggalakkan penghasilan kulit sihat dan berseri dengan:
Melindungi kulit dari kerosakan UV.2
Mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedut.2
Menyokong pengeluaran kolagen yang sihat.2
Menggalakkan kulit yang lebih tegang dan kelihatan lebih muda.2
Ini Buktinya!
Ketahui bagaimana polifenol membantu anda memiliki kulit lembut, anjal dan berseri.
1. James V., Michael K.D., Laure R., Suzanne E.G.F.,Sewon K.,Gary J.. Fisher, and John J. V., Decreased Collagen Production in Chronologically Aged Skin Roles of
Age-Dependent Alteration in Fibroblast Function and Defective Mechanical Stimulation, American Journal of Pathology, Vol. 168, No. 6, June 2006 Copyright ©
American Society for Investigative Pathology DOI: 10.2353/ajpath.2006.051302
2. Joi A. N., and Santosh K. K., Skin photoprotection by natural polyphenols: Anti-inflammatory, anti-oxidant and DNA repair mechanisms., Arch Dermatol Res.
Author manuscript; available in PMC 2010 Sep 1.Published in final edited form as:Arch Dermatol Res. 2010 Mar; 302(2): 71.Published online 2009 Nov 7. doi:
10.1007/s00403-009-1001-3
Ingin maklumat lanjut berkenaan produk tinggi POLIFENOL? Sila klik di sini
Klik di sini untuk maklumat lanjut berkenaan Kerosakkan sel dan Polifenol.