Saturday, March 7, 2015

Parenting Course - 16 Tips Ibubapa dan Anak Soleh

[Parenting Course] 16 tips ibubapa dan anak soleh.

 
 

1. Prisipalnya anak2 dilahirkan suci. Nak atau tak nak ibu bapa mesti bertanggungjawab dengan anaknya. Anak nak dengar atau tak mahu dengar, kita penat atau letih bercakap...mcm mana pun kena didik dan asuh jugak..itu amanah akan disoal mati esok.
 
2. Jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.
 
3. Ajar dan bantu anak utk memilih yang baik dan anak perlu bertanggungjawab atas pilihannya.
 
4. Kita tak boleh buat anak jadi baik hanya Allah yang boleh buat anak jadi baik cuma kita mesti mempengaruhi anak menjadi baik.
 
5. Bila anak bergaduh kita jgn marah sama. Biasa utk short cut parent akan marah..sebaliknya pujuk dan beri penyelesaian dgn cara baik tapi yang cara ini akan ambil masa. Sabar.. Kita tidak marah tapi kita tidak membiarkan anak itu.( susahkan)..jihad jugak tu..
 
6. Jgn membezakan antara anak2. Anak2 semua ada perbezaan sendiri..
 
7. Bagi ganjaran utk anak yg buat baik. Manusia akan digerakkann dgn ganjaran. Ganjaran anak2 ikut apa yg dia suka.
 
8. Apa2 mesej yang dianggap seronok akan meningkatkan kemungkinan mesej itu diterima. Apa2 mesej yg dianggap beban akan membuatkan mesej itu di tolak...eg nak minta anak tolong cuci pinggan cakap..jom2 tolong umi cuci pinggan...bessst cuci pinggan..seronok..tolong umi....( bukan cakap...nafis basuh pinggan!!) Gitu2 lah.
 
9. Jadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.
 
10. Ibubapa perlu tegas tanpa kekerasan.
 
11. Ucap terima kasih pada kebaikan yg anak buat.
 
12. Fahami masalah yg dihadapai anak 2dan hargai usaha utk berubah..budaya kita kurang memberi ruang dan peluang utk berubah.
 
13. Tanam dalam diri anak cinta pada Allah dan rasul dan pilih untuk laksana tanggungjawab sbg khalifah Allah.
 
14. Bentuk ganjaran: Puji,pandang anak bila anak cakap,bagi anak hadiah dalam bentuk suprise bukan rasuah.
 
5. Ganjaran dari bapa sgt2 bermakna dari anak...sekali bapa bagi mcm 10 kali mak bagi.
 
16. Terang bukan leter pada anak..
Jgn buat:Nabil. berapa kali mak nak bagi tahu ni..asyik2 kena ingatkan je..kalau keluar bilik tutup lampu...ini buat tak tahu je keluar.


Cakap begini: Nabil. Tolong tutup lampu.

 
 
Ok dah habis bersambug dikursus akan dating.
terima kasih pada yang berusaha kak
Hanani Saman dan pn Sabirah Mohd Nor

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...