Friday, March 30, 2018

6 Cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Menghitung Kalori.


Menurunkan berat badan dengan mengira kalori agak sukar bagi Ma. Sebagai pilihan Ma berusaha untuk mengikut 6 cara dibawah:


Memilih karbohidrat kompleks. Ia bermaksud memilih makanan yang memberi tenaga dalam masa yang sama memberi serat, vitamin dan mineral. Contohnya seperti pelbagai jenis bijirin (oat,barli,beras perang), pelbagai jenis kekacang (kacang merah/ ‘kidney beans’,kacang kuda, dal, peas) ,pelbagai buah-buahan (pisang, epal, anggur, oren), pelbagai sayur-sayuran (Sawi, brokoli, bunga kobis) serta roti ‘wholemeal’



f

Ambil 'real food' Hindari 'processed food' (makanan proses). Makanan proses adalah makanan yang bukan dalam bentuk asal. Contohnya seperti nugget ayam dan sosej ayam, ia bukan dari ayam yang asal tetapi dari ayam yang diproses dan dicampur bahan-bahan lain. Contoh lain makananan proses seperti roti putih serta ‘bun’, kek, aiskrim, segala macam kuih-muih, serta pelbagai mee, biskut dan lain-lain lagi. gambar di atas contoh 'real food'. 




Dahulukan makan sayur-sayuran. Memakan fiber atau serat terlebih dahulu akan mengurangkan rasa lapar kerana ia lambat untuk dihadamkan. Sayur hijau antara sayur yang rendah kalori juga.




(mohon sedekah Al-Fatihah serta doa untuk arwah ayahanda yang dikasihi)

Fokus ketika makan. Tidak melakukan lain-lain perkara sehingga menganggu focus ketika makan seperti membaca surat khabar, bermain ‘handphone’ serta melihat TV. Perhatikan rupa makanan dan baunya membantu untuk cepat kenyang. Makan perlahan-lahan serta habiskan kunyahan jika mahu berbual dengan sesiapa.


Ambil protin dan lemak baik. Protin dan lemak baik membantu merasa cepat kenyang dan lambat lapar. Antara contoh protin yang bagus seperti telur rebus dan soya dan lemak baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan minyak ikan. 




Minum air putih/ air kosong. Kadang-kadang badan agak keliru samaada rasa lapar atau dahaga. Kalau terasa lapar sebelum waktu makan, minum sahaja air kosong.



* Klik 'di sini' untuk melihat protin kegemaran saya.
* Klik 'di sini' untuk melihat lemak baik kegemaran saya.


No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...