Friday, January 13, 2017

Ada Apa Dengan Shaklee?

Selamat petang semua...

Amboi pakat seronok ye sahabat yang kerja ofis..maklum lah petang Jumaat, esoknya cuti macam-macam plan nak di buat..ok tak pe sila kan rasa seronok, sebab Ma pun pernah merasa nikmatnya petang Jumaat itu..

Petang-petang ni nak bercerita sikit apa yang Ma dapat dengan Shaklee.

First and foremost mestilah Ma suka sebab bila ada sale dapat untung runcit dan bonus. Boleh buat macam-macam tau. Orang meniaga mesti lah nak untungkannnn...

Walaupun begitu, kusangka panas hingga ke petang rupanya Allah nak bagi pelangi di tengahari.

Selain matlamat nak cari duit, rupa-rupanya terdapat banyak nilai-nilai lain yang tersembunyi Ma dapat di sebalik jalan ini.

Pada mulanya Ma mendapat aura positif dalam menghadapi hari-hari sebagai suri rumah. Ye lah dah biasa kerja tiba-tiba berhenti, lain macam juga rasanya. Keadaan menguruskan sendiri 5 anak kecil tidak semudah seperti yang di sangka, perlu ilmu juga untuk semua ini. Akhirnya 6 bulan selepas berhenti kerja mula berkenalan dengan kelaurga Shaklee, alhamdulillah hasil sharing dari mak shaklee dan sahabat seperjuangan yang lain, dah mula dapat positifkan diri.

Seterusnya Ma merasakan sesuatu yang menarik dalam ukhuwwah keluarga Shaklee ini. Bukan sekadar berkongsi berkenaan matlamat perniagaan malah sehingga ke tips tips kekeluargaan, mendidik anak serta pengurusan rumahtangga. Di samping itu juga terjalin kembali ukhuwwah dengan sahabat-sahabat lama yang agak menyepi.

Segala ilmu kebanyakannya di kongsi secara online atas sebab kami semua berjauhan, jadi agak mudah untuk Ma yang tak berapa pandai drive jauh-jauh. Hanya sekali sekala kami bertemu muka. Kami saling lengkap melengkapi. Yang jatuh di tarik bangun, yang lambat di tarik supaya cepat, yang merangkak  dipimpin untuk berjalan, yang lebih ilmu sharing untuk yang kurang, yang berpengalaman bantu yang yang baru. Begitulah sebagainya. Begini lah kami umpama sebuah bangunan saling memerlukan dan berfungsi setiap sisi.

Selain itu nilai tambahan bila dah berShaklee ni,kita di latih pengurusan harian supaya berjadual serta tambahan amalan rohani. Mula-mula rasa terpaksa lama-kelamaan ikhlas itu datang. Jika terasa malas ada sahabat kejutkan supaya rajin. Kalau terlupa ada pula yang memperingati. Sememangnya berubah kearah kebaikan itu mudah tetapi mengekalkan kebaikan itu memang sukar.

Selebihnya yang terakhir untuk entry ini kesihatan anak-anak dan keluarga Ma bertambah baik. Ada kesedaran untuk menjaga pemakanan. Pada mulanya semasa Husna kecil sering keluar masuk hospital selepas selalu terkena athma, alhamdulillah setelah minum mealshake imunnya bertambaha kuat. Anak-anak yang lain pun kurang  mendapat sakit. Insyaallah kita mencuba yang terbaik, selebihnya urusan Allah. Dengan makan suppliment Shaklee alhamdulillah membantu suami Ma juga dalam urusan kerjanya untuk agama.

Wah dah panjang...bercerita ceriti kita petang ini. Cukup dulu setakat ini. Terima kasih kepada yang sudi membaca...

'carilah harta sebanyak dunia,tetapi jangan letak dunia di hati kita'

(pesanan untuk diri sendiri)

#bangkitshaklee
#shakleetamanimpianputra
#shakleebandarseriputra

No comments:

Post a Comment

SELAMAT DATANG

Anda Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...