“There is no home as comfortable as your father's arms and no bed as soft as your mother's lap.” ― Faraaz Kazi.
(Gambar sekadar hiasan- Tengah rindu sgt2 dengan mereka)
Assalamualaikum
saudara saudari sekalian.
Bertemu kembali kita diruangan alam maya..Hmmm...Agak lama Hasma tidak bersua dan menyepi..
Sentap??
Siapa yang menyentap pasti ada yang tersentap. Sebelum Hasma memulakan bicara
sekalung terima kasih dan tahniah kepada sahabat2 saya
yang disayangi (tak leh mention sapa yang saya sayang takut ada yang
terrsentap hi hi..) yang kerana dengan isu ini mempositifkan Hasma
untuk menulis blog.
Sentap
dengan kerja tak makan gaji? sentap dengan kerja suri rumah? sentap dengan
jawatan kerani di ofis? Sentap bila orang tanya bila awak nak kawin? tak kahwin lagi? Anak
seorang ja?....Ya kita boleh sentap jika sentapan itu menjadi momentum atau
push faktor untuk kita bertindak merubah hidup dan masa depan kita..berdoa
supaya kita berani untuk berubah kearah yang lebih baik..kita tidak boleh
menutup mulut orang yang bercakap.
Apapun
yang kita ada sekarang sudah cukup baik dan kita patut bersyukur. Kita dapat
menyedut udara yang percuma tanpa apa2 bayaran ada yang tak sempat nak bangun
pagi meninggal dalam tidur. Kita mempunyai tulang empat kerat untuk berusaha
mencari kerja dan mencari rezeki yang halal untuk bagi keluarga makan dan macam2
lagi la kesyukuran yang tak tertulis...dan nikmat kesyukuran yang paling besar
adalah kita ada Allah yang Maha Hebat.
Kepada
yang berkecil hati tidak memiliki perkerjaan hebat atau gaji besar
janganlah berasa begitu.. Allah tidak menilai semua itu..
·
Ada kereta mewah tak dibawa ke masjid atau tidak dibawa
ke jalan hampir dengan Allah juga tiada nilai.
·
Ada basikal buruk,motor kapcai,waja yang tak bape mau
hidup(kereta saya la tu) pun kalau tak dibawa ke tempat2 yang mendekatkan diri kita
dengan Allah pun tiada nilai.
·
Rumah batu, rumah papan, rumah banglo, kos rendah, apartment,rumah
mampu milik,rumah mampu tengok dan bermacam2 lagi rumah jika tak makmurkan rumah
dengan apa yang Allah suka pun tiada nilai
·
Nilai sedekah RM10 dari org bergaji RM500 sebulan juga
tidak sama dengan sedekah RM10 dari org bergaji RM5000 sebulan.
Alhamdulillah kepada yang sudah bergaji atau berpangkat besar kerana dengan itu sudah tentu zakatnya pun besar dan segala sumbangannya pun besar. Besar dan kecik, tinggi dan rendah adalah saling berkaitan. Kita umpama sebuah bangunan, debu,pasir dan serbuk simen memain peranan yang besar dalam mengukuhkan tiang dan bumbung. Dimana bumbung pula berperanan menyediakan tempat untuk org berteduh.
Alhamdulillah kepada yang sudah bergaji atau berpangkat besar kerana dengan itu sudah tentu zakatnya pun besar dan segala sumbangannya pun besar. Besar dan kecik, tinggi dan rendah adalah saling berkaitan. Kita umpama sebuah bangunan, debu,pasir dan serbuk simen memain peranan yang besar dalam mengukuhkan tiang dan bumbung. Dimana bumbung pula berperanan menyediakan tempat untuk org berteduh.
Lihatlah
dengan pandangan Allah. Besyukur Hasma mempunyai sahabat2 yang berjiwa besar
dan saling ingat mengingati antara satu sama lain..menegurku dikala alpa dan
menarikku dikala jatuh..
Saya
juga bersyukur dapat apply banyak ilmu masa “latihan” (tamrin) suatu masa
dahulu bersama sahabat2. Berada di dalam keluarga besar Shaklee juga kesyukuran
kepada saya selain dapat berniaga dan menjana pendapatan.
Hasil
dari latihan2 itu kita belajar bagaimana menjadi orang beriman, belajar supaya
tidak salah kata, belajar control emosi, sedih bersama, sedih bersama, belajar
tawakkal, takut dan yakin dengan Allah, belajar memikir masa depan Islam dan
yang utama adalah bersama2 menuju syurga ALLAH.
Oleh
itu kita boleh sentap dan dorongkan setapan itu ke arah positif, tersentap bila
ditanya minggu ni berapa kali bangun tahajjud, sudah solat dhuha ke belum sudah
istigfar? Sudah taubat???
Sekian
leteran Dhuha dari saya…panjang pulak berleter. Apapun tulisan ini ada untuk
peringatan diri saya dan sebahagian tugasan oleh Mak Shaklee saya yang sangat2
owesome yang mewajibkan saya menulis blog.
“
Fokus akhirat inysaallah dunia akan hadir”
No comments:
Post a Comment